Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 27 Oktober 2010

Suasana kerja di Bilik Guru SKPK

Salam sejahtera.

Bilik guru adalah satu ruang yang menjadi kemestian di sebuah sekolah. Apa sahaja kerja rutin seorang guru tidak akan sempurna jika sekolah tiada bilik guru. Di SK. Penagatan, Keningau memang menyediakan satu bilik guru sebagai tempat guru merehatkan diri sambil memeriksa latihan murid dan sebagainya.

Suasana bilik guru memang sibuk, terdapat pelbagai alat bantu mengajar guru masing-masing. Meja guru tanpa sebarang alat rasanya mustahil, kerana tugas guru memang sentiasa bermain dengan pena dan buku. Justru itu meja guru sememangnya padat dengan buku-buku murid mengikut subjek dan pelbagai alat yang lain. Inilah antara suasana bilik guru SKPK. Guru di SKPK sentiasa ceria dan bertugas dengan penuh tanggungjawab. Syabas kepada semua warga guru di SK. Penagatan, Keningau di bawah pucuk pimpinan En. Garipin Elid.

Kadang-kadang terfikirkan keadaan sebuah bilik guru yang mempunyai aircon, penghawa dingin yang boleh menyegarkan keadaan, pasti terasa agak bersemangat melakukan tugas penyiapan kerja-kerja guru. Tidaklah terasa panas suasana, kerana penghawa dingin menyegarkan udara. Semoga impian semua guru di SKPK akan terlaksana juga akhirnya dengan adanya aircon ini. Jika ada kemahuan pasti ada jalan penyelesaiannya. Bila kita ada kesungguhan pasti apa sahaja impian dapat dicapai tetapi dengan ada komettmen yang berpanjangan.

"Guru pembina negara bangsa"

0 ulasan: