Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 28 September 2010

Majlis Penyampaian Cenderahati Sebagai Penghargaan Kepada AJK Projek Keceriaan Pusat Sumber SKPK 2010

Harsidi Junik terima sijil & hadiah
GPM selaku Juruacara majlis ringkas ini
Pn. Ahini sedang membantu mengurus sijil & hadiah
Reka cipta seorang GPM
Asalamualaikum... & Salam sejahtera.

Nampaknya lama laman t-club buletin SKPK di update. Pastinya ada juga beberapa rakan blogger atau penggiat blog dan pelawat yang datang melihat dan membaca paparan baru di laman ini. Pastinya mereka yang ikhlas datang itu mahukan satu ilmu baru yang boleh di kongsikan bersama menerusi laman t- club buletin SKPK. sayang sekali kerana untuk pengurusan ini penulis sentiasa terhalang dengan kesempitan masa. Kekurangan tenaga juga menyebabkan kangkangan ini tidak dapat di atasi secara bijak. Begitupun, sebenarnya keinginan untuk sentiasa updated maklumat di laman ini tidak pernah padam tetapi itulah yang saya katakan bahawa kadang-kadang masa yang terluang terlepas. Mohon di mengertikan.

T- Club Buletin pada kali ini hanya memaparkan maklumat bahawa pada Julai 2010, Pusat Sumber SK. Penagatan, Keningau telah menyertai Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Keningau tahun 2010. Di mana pelbagai aspek yang akan di lihat termasuk pengurusan PSS dan aktiviti atau program PSS setiap yang bertanding. Pertandingan ini terbahagi kepada PSS Cemerlang luar bandar dan PSS cemerlang kategori bandar di Daerah Keningau. Antara yang bertanding PSS Cemerlang kategori luar bandar ialah SK. Kg. Biah, SK. Penagatan, SRJK Yok Kong, SK. Pekan Keningau 11, SK. Patikang Laut dan dua lagi sekolah rendah yang lain bagi kategori PSS sekolah rendah.

Pegawai PKG dari Daerah Tenom dan Daerah Nabawan telah membuat pemantauan dan penyeliaan di SK. Penagatan sekitar jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang. AJK PSS SKPK yang di ketuai oleh En. Garipin Elid selaku guru besar bersama GPM SKPK telah menyambut penuh mesra kedua-dua pegawai PKG tersebut. Banyak perkara yang telah di nilai, khasnya siostem fail 15 perkara, program PSS 2010, pelaksanaan aktiviti dan dokumentasi sokongan yang lain. Namun demikian terdapat beberapa komen yang telah di utarakan oleh pegawai PKG terhadap PSS SKPK iaitu masalah dari segi SAIZ atau keluasan PSS SKPK yang kurang membarangsangkan. Selain itu rekod ( Perekodan ) bahan media seperti CD Rom masih kurang mantap. Seharusnya perlu di usahakan penambah baikan pada masa-masa akan datang.

Berikutan dengan penyertaan ini, maka AJK PSS telah membuat penyampaian hadiah untuk penghargaan atas kerja sama padu yang telah di tunjukkan oleh beberapa orang guru, guru pelatih serta murid pada masa perhimpunan yang diadakan pada 26hb Julai 2010 . Guru besar telah menyampaikan cenderahati tersebut dalam majlis ringkas yang bagi penulis ( GPM) usaha yang sangat ikhlas dan memberikan kegembiraan kepada semua yang terlibat. AJK PSS SKPK juga telah memberikan Sijil kepada setiap AJK tersebut termasuk murid atau pengawas PSS SKPK yang menunjukkan usaha kerjasama yang baik sehingga Pusat Sumber SKPK muncul sebagai Pusat Sumber yang ke 2 cemerlang di daerah Keningau musim 2010. Syabas dan tahniah kepada penama berikut:-

Sijil & Hadiah kepada guru : Pn. Helina L, Ahini, Salbiah, Haryati, June
Sijil & hadiah kepada guru pelatih : Syafiq, Harsidi, Keffly, Ranger dan Izamuddin
Sijil dan Hadiah kepada murid : Afif, azam, Idawati, Suhani, Syafiqah, Hani , Evarencia dan
ceroline.

Syabas! & tahniah kepada semua yang terlibat, ini merupakan kejayaan kita semua.
( PSS SKPK melakar satu sejarah di Daerah Keningau)