Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 22 Oktober 2010

Aktiviti penutupan Ko-Kurikulum tahun 2010 berlangsung penuh warna-warni

Kelab Pengakap Remaja SKPK ada 2 orang guru
pelatih dr IPGM Keningau.
Cg Mariana Apok, tetap teguh menabur baktinya

Cg. Piah memeriksa senarai nama Kelab PBSM

Kelab Bahasa Arab

meniup tepung gigit gula-gula ..1,2,3 berapa
hahah..muka jadi puti gebu terus..


Salam Sejahtera..

Nampaknya GPM menulis lagi di hari yang ceria ini. Ingin dikongsikan satu peristiwa yang melibatkan semua warga SKPK semasa perlaksanaan penutupan aktiviti ko-kurikulum yang berlangsung sebelum menjelang hari raya. Aktiviti ini ialah aktiviti penutupan bulan ko-kurikulum yang memuatkan banyak aktiviti yang menarik untuk di ikuti oleh murid sekolah mengikut kelab dan persatuan masing-masing, di mana PK Ko-Kum Pn Masrinah Mohammad telah mempengerusikan program yang penuh warna-warni ini. Dan pastilah aktiviti ini telah sedikit menaikkan kecemerlangan KO-Kum di SKPK dimana Ko-Kum SKPK telah diberi anugerah dan penghargaan apabila menjulang markah cemerlang penilaian KO-Kum di peringkat Daerah Keningau. Tahniah kepada Cg. Masrina M dan semua warga SKPK.

Sempena bulan Ko-Kurikulum tiga minggu telah diperuntukkan untuk melaksanakan aktiviti tersebut iaitu pada minggu pertama telah dianjurkan acara permainan bola tampar mengikut persatuan sukan dan permainan. Juara bagi acara ini ialah persatuan permainan bola jaring di bawah pimpinan Pn. Mariana Apok. Acara pada minggu kedua ialah permainan "Mencari harta karun" yang diamanahkan kepada Kelab Pusat Sumber untuk mengendalikannya. Guru pelatih telah terlibat menjayakan program ini dari jam 7.50 hingga jam 10.40 pagi seperti Cg Harsidi, Izamudin, Mukhlis, Syafiq, Kefly, Ranger dan Ustazah Ramlah Saad. Juara bagi pertandingan mencari harta karun ini ialah Kelab Pusat Sumber di bawah pimpinan En. Mohd Zali Ayub dan ketua kumpulan ialah adik Evarencia Jaitin.

Pada minggu ketiga di adakan pula pertandingan kawad kaki tiap unit iaitu antara Kelab PBSM, Kelab Pengakap dan Kelab KPIM. Juara bagi acara kawad ini ialah Kelab KIPM di bawah kandalian dan pucuk pimpinan Pn. Mariana Apok. Semua peserta mendapat sijil penyertaan dan penghakiman kawad kaki ini telah di lakukan oleh En. samin Saliman dan En. Sapinin Jakrin.

Perkongsian..maya

0 ulasan: