Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 20 Oktober 2010

Majlis Ihya Ramadhan SKPK 2010 anjuran PAI






Salam sejahtera..

T-club Buletin rasanya terpanggil mencatat tentang Majlis Ihya Ramadhan SKPK tahun 2010 yang telah berlalu. Majlis ini bagi GPM amat bermakna dan merupakan satu retetan peristiwa ilmuan di SKPK sepanjang persekolahan 2010.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam sekolah yang dipengerusikan oleh Ustazah Rupiyah Jusrie dan AJKnya. Nampak murid-murid sangat seronok kerana pelbagai aktiviti yang dipertandingkan. Antaranya ialah:-

1. Azan lelaki tahap 2
2. Aktiviti mewarna tahap 1 & 2
3. Membuat poster sempena ramadhan 1 Malaysia
4. Kuiz, seni khat
5. Kuiz Bahasa Arab
6. Teka silang kata agama
7. Bersajak
8. Bercerita tentang kisah nabi
9. Hafazan
10. Persembahan Nasyid
11. Bacaan al- quran oleh Adik Syazlen Mustaqim

Semua murid yang telah mengambil bahagian telah diberi hadiah dan sijil penyertaan. sementara Guru Besar sekolah juga telah berucap di dalam majlis ilmu ini. Pegawai yang telah merasmikan majlis ini ialah Pegawai dari sektor Pendidikan Agama Islam dan Moral dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Sabah.

Syukran & syabas tahniah..Panitia PAI.


0 ulasan: