Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 24 September 2011

"Seikhlas Merdeka & Raya SKPK "


Antara murid tahun lima B&C yang menyanyikan
lagu patriotik "Jalur gemilang" pada majlis 
penutupan merdeka raya SKPK pada 20hb Sept
2011


Tuan Mohd Anis Tahir & rombongan datang
merasmikan majlis penutupan ini. Menyerikan
majlis ini. Terima kasih tuan..

Salam sejahtera...

Baru berpeluang updated blog T-Club Buletin SKPK ini hari ini. Mohon maaf jika ada yang terasa tertunggu-tunggu apakah paparan cerita baru blog ini. kesibukan kerja dan rutin harian menghalang GPM untuk lebih aktif menulis ya. Bagaimanapun memnag banyak sangat info atau berita terbaru nak sampaikan, disertai dan dikukuhkan dengan gambar-gambar aktiviti sepanjang bulan dan sepanjang persekolahan 2011. Inilah kali pertama rasanya GPM kembali beraksi menyalurkan info untuk semua lapisan masyarakat.

20hb Sept 2011 bersamaan hari selesa, tarikh SKPK mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan sekaligus masa ini diadakan majlis raya SKPK tahun ini. Pengerusi majlis ini ialah PK HEM Pn. Beatric Marcus dan  penyelaras program ialah En. Mohd. Zali Ayub. Tuan Mohd Anis Tahir merupakan Pegawai di bahagian Unit Bekalan & Bangunan dijemput khas merasmikan majlis ini. Tuan Mohd Anis diiringi oleh Penyelia En. Robin Asang dan Penyelia En. Mahmod semuanya dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.

Sementara En. Garipin Elid yang merupakan Guru Besar SKPK dalam ucapannya sangat berterima kasih kepada AJK pelaksana kerana berjaya melaksanakan program yang sangat bermanfaat kepada anak-anak murid SKPK, demi menyemai semangat kemerdekaan dan memperingati hari kemerdekaan Malaysia dan penubuhan Malaysia pada 16hb Sept 1963 yang lalu.Jelas kerjasama yang padu dikalagan murid bersatu padu hingga hari itu katanya ramai murid yang menerima anugerah. Guru besar tidak lupa juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar SKPK yang ikhlas memberikan hadia berbentuk hamper.

Antara warga SKPK yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang dalam pelbagai aktiviti ialah:-
              * Cg. Nasrul Hakim tugino - Pakaian raya terbaik lelaki
              * Cg. Norsuadah Wasimin - pakaian raya terbaik perempuan
              * Adik Leon Likon - terbaik keseluruhan bulan merdeka SKPK
              
Syabas & tahniah kepada para pemenang. tahun depan panjang umur kita bertemu lagi dalam majlis gemilang merdeka raya ini. 





0 ulasan: