Keningau di Prasekolah SKPK
sajak
En. Mustafa Malisin melihat-lihat
hasil kerja murid di papan info PSS SKPK
GB SKPK menerima satu set kotak bahan bacaan
yang di serahkan oleh Pegawai BTP PKG
keningau pada 15hb 10.2010
En. Mustafa Malisin melihat-lihat
hasil kerja murid di papan info PSS SKPK
GB SKPK menerima satu set kotak bahan bacaan
yang di serahkan oleh Pegawai BTP PKG
keningau pada 15hb 10.2010
Salam sejahtera semua.
GPM selaku penyelaras Pusat Sumber sekolah mengucapkan banyak2 serta ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan cawangan PKG Keningau Sabah iaitu En. Jungal Sidup dan En. Mustafa Malisin serta rombongan telah menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas membuat lawatan ke PSS SKPK pada 15hb ) oktober 2010 bersamaan hari jumaat yang lalu. En. Garipin Elid selaku Guru Besar serta tiga orang penolong kanan SKPK dan GPM telah menyambut kehadiran mereka dengan penuh mesra dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke Pusat Sumber sekolah.
Rombongan dari BTP PKG Keningau itu telah disajikan dengan melihat pameran Folio bertemakan "dadah musuh Negara" di mana folio ini telah di buat oleh murid-murid tahun 6 sejurus selepas UPSR 2010 yang lalu. Dalam lawatan ini, Tuan Pegawai tersebut telah memberi kan informasi bahawa PSS di sesebuah sekolah berfungsi sebagai gedung ilmu dan menjadi semuah tempat menyimpan pelbagai sumber pendidikan. PSS katanya memainkan peranan yang besar dalam membantu sekolah memajukan akedemik murid khasnya. En. Jungal Sidup juga telah menyampaikan sijil kepada PSS SKPK atas kejayaan menjadi naib johan dalam penyertaan PSS cemerlang peringkat Daerah Keningau tahun 2010. Johan bagi pertandingan ini ialah PSS SRJK Yok Kong.
Sekolah juga mendapat titipan seperti buku - buku cerita, lima buah buku nota dan sebuah takwim pengurusan PSS di bawah kandalian GPM. SKPK telah menyajikan juga sebuah persembahan sajak dalam Bahasa KadazanDusun yang disampaikan oleh adik Loreeta Jenisi di atas mini pentas. Pegawai BTP PKG Keningau dan rombongan sangat tertarik dan mengesa SKPK agar lebihkan usaha polish aktiviti yang pelbagai di PSS. Katanya soal ruang PSS yang sempit bukan halangan sebenar untuk melaksanakan pelbagai aktiviti PSS. tetapi keazaman dan kemahuan serta tangungjawab semua warga sekolah akan mendatangkan kejayaan. Bagaimanapun PSS dari sekolah yang mendapat bantuan sumbangan kewangan yang kuat akan merelisasikan dapat membantu sekolah dan PSS lebih cemerlang sebagaimana sekolah aliran Cina.
Pegawai kemudian dalam ucapannya menyatakan kegembiraan bahawa PSS SKPK dari segi dasarnya telah melaksanakan konsep PSS sebagai sumber dan gedung ilmu. Beliau berharap agar sekolah teruskan usaha yang padu dalam mencemerlangkan PSS di masa akan datang. Dalam akhir pertemuan ini pegawai dan rombongan di beri jamuan makan di PSS dan di bawah bersama menjamui selera di jamuan makan hari raya di kelas Prasekolah.
0 ulasan:
Catat Ulasan