Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 20 Oktober 2010

Semarak bunga-bunga bangsa Malaysia. Perarakan jalur gemilang pada 30hb Ogos 2010






Salam sejahtera..

Setiap tahun pasti hari kemerdekaan Negara Malaysia di rayakan oleh pelbagai kaum etnik di Malaysia. Surat siaran pekeliling dari KPM dan disalurkan ke PPD telah dihantar ke setiap sekolah, justru SKPK julung kalinya menyahut seruan ini agar Program 1 Malaysia dangan melancarkan perarakan mengibarkan jalur gemilang telah dibuat pada 30hb Ogos 2010 secara sederhana tetapi amat meriah dan bermakna.

Pengacara majlis ini ialah seorang guru IPGM kampus Keningau iaitu Ustaz Mukhlis Nazri, berjaya mengendalikan majlis 1 Malaysia ini dengan jayanya. Laungan MERDEKA telah dilaungkan oleh seluruh warga SKPK dengan 6 kali laungan yang diketuai oleh ustaz Mukhlis Nazri.

Pelbagai pengisian dalam program 1 Malaysia ini iaitu :-
1. Membuat poster 1 Malaysia
2. Folio sejarah kampung
3. Mewarna tahun 1,2 dan 3
4. Membina pantun tentan kemerdekaan
5. Menulis sajak tema kemerdekaan
6. Membuat penanda buku
7. Menulis esei 1 Malaysia atau tema kemerdekaan tahap 2
8. Mewarna jalur gemilang kahs oleh pusat sumber

Hadiah dan sijil telah diberikan kepada murid yang menang. Syabas dan tahniah..

0 ulasan: