Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 22 Oktober 2010

Keceriaan kawasan SKPK semua panitia mata pelajaran ambil peranan...

Sejenis bunga yang sedang mekar di laman SKPK
Kelab Pusat sumber- keceriaan
Salam sejahtera..

Sekolah memang tidak lari dari program keceriaan seluruh kawasan, sebut keceriaan kita akan terbayang pelbagai bunga menghias kawasan sekolah. Usaha mencantikkan kawasan sekolah juga di usahakan dengan kerjasama semua warga sekolah termasuk pekerja kebun sekolah. Jika keceriaan diusahakan dengan berterusan pasti sekolah akan lebih berseri ekoran dari kepelbagaian bunga-bunga yang di tanam.

Kini keceriaan kawasan sekolah nampak perubahan yang ketara, apabila bunga-bunga tersebut kian merimbun daunnya dan subur. bunga yang di tanam itu adalah dari jenis bunga jangka pendek dan bunga jangka panjang. Sekolah sebulat suara memutuskan bahawa semua kelab atau unit persatuan mengambil lokasi di kawasan sekolah untuk diceriakan dengan penanaman bunga2an.

Antara kelab dan unit yang mengambil bahagian dalam program keceriaan ini ialah Kelab Pusat Sumber, Kelab BI, Kelab Bahasa Inggeris, Kelab Muzik & Kebudayaan, Kelab Matematik, Kelab Sains juga di minta menyediakan satu kawasan keceriaan agar sekolah lebih menarik pada masa akan datang. Pelbagai spesis bunga yang telah di tanam di kawasan sekolah dengan tujuan untuk menjadikan kawasan sekolah lebih ceria dan sedap mata memandang.

Pada hari ini, sejak awal tahun 2010 bunga2 di laman SKPK nampak semakin menjadi. GPM akan cuba mengambil gambar2 bunga2an tersebut untuk tatapan kita semua. Dan terbaru pada 16hb Okt satu usaha penanaman pokok hijau jenis pohon rendang telah di tanam oleh Guru Besar dan YDP Pibagu sekolah, penanaman sempena penanaman pokok sedunia dan menunaikan hasrat Pegawai pelajaran daerah Keningau, Sabah.

sampai jumpa lagi ya...

0 ulasan: