Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 25 Januari 2013

Memupuk cintakan alam pertanian...

Menyemai cinta pada alam yang kaya dengan khazana...



Ini adalah antara aktiviti lain aktiviti pengisian murid tahun 6 sebelum cuti 2012 yang lalu. Aktiviti sihat ini dilakukan bersama dengan dua orang guru tahun 6 iaitu Cg Dominic Gasan dan Cg. Juriah Gabriel. Murid seramai 44 orang bergotong royong membersihkan satu kawasan belakang sekolah untuk dijadikan projek penanaman sayur-sayuran.

Projek ini pada saya berjaya kerana pada minggu akhir persekolahan sesi 2012 hasil tanaman telah dituai dan diagih-agihkan kepada murid serta guru-guru yang berminat mengambil sayuran yang ada.

Aktiviti ini menyihatkan, menyuburkan minda murid agar merasai pekerjaan menanam sayur dengan usaha sendiri. Menyemai juga rasa bertanggungjawab serta budaya bekerjasama dikalangan pelajar. Pada gambar2 yang diambil sangat kelihatan murid-murid ini merasa seronok melakukan aktiviti serta tugasan kumoulan yang fiamanahkan.

Syabas dan tahniah kepada semua guru serta murid yang terlibat menjayakan projek murni ini.