Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 19 Oktober 2010

Pengajaran & Pembelajaran Kerja Utama Guru Di Sekolah


Selamat Sejahtera.

Tugas guru dewasa ini banyak cabarannya. Dulu tugas guru tidaklah di tuntut melaksanakan pelbagai perkara yang menjurus pendidikan ke arah kecemerlangan akdemik murid atau pelajar sekolah. Tetapi kini ceritanya lain, seorang guru harus aktif mengendalikan dan menyelesaikan banyak perkara selain P&P. Kadang-kadang guru tanpa sedar membawa berbagai tugas ke rumah yang tidak selesai di sekolah.

Apapun andaiannya tugas guru untuk mendidik murid menerusi pengajaran dan pembelajaran adalah bidang utama guru di sekolah. Hal-hal lain yang bersangkutan adalah perkara-perkara lain yang penting tetapi mengajar murid di dalam kelas secara sistematik adalah yang paling penting sekali. Untuk mempastikan tugas guru itu berjalan lancar pemantauan oleh pihak pentadbir seperti guru besar, nazir dan para penolong kanan adalah diperlukan. Maka tiada jalan bagi seorang guru itu melengah-lengahkan masa dan mengabaikan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

P&P yang baik adalah yang berfokuskan murid, berpusatkan murid di mana pada awalnya murid diberi peluang bersedia dan menjadikan P&P lebih menarik perhatian murid. Tidak dapat dinafikan bahawa set induksi pada awal P&P sangat penting sebagai langkah menyediakan murid memasuki bidang atau kemahiran yang guru hendak ajar pada masa itu. Aspek pengetahuan sedia ada dan aras kebolehan murid sangat dipentingkan. Dengan keadaan ini maka P&P dapat direalisasikan di dalam bilik darjah.

Aspek yang tidak kurang pentingnya semasa P&P di dalam kelas ialah kawalan kelas. Guru harus pastikan semua murid terarah untuk belajar dan lebih perhatian dan penumpuan semasa P&P berjalan. Jika keadaan kawalan kelas dapat di atasi maka kadar keciciran murid menguasai kemahiran pelajaran masa itu tidak akan berlaku. Keadaan murid yang tidak tenang, tiada penumpuan dan tidur dalam kelas adalah punca masalah murid tidak faham isi pelajaran yang guru ajar pada hari itu.

Sebagai ringkasannya seorang guru pada setiap masa persekolahan haruslah :-
* Menyediakan P&P dalam rekod mengajar.
* Menyediakan ABM dan merancang induksi P&P yang menarik.
* Menyediakan AMB mengajar.
* Menyediakan latihan / lembaran kerja selain kerja latihan di papan tulis.
* Mengadakan soalan latih tubi secara spontan.
* Mewujudkan komunikasi P&P yang lebih menarik.
* Menyediakan satu set P&P yang menarik dari mula hingga akhir P&P.
*Mengadakan soal jawab dan perbincangan
* Murid mencuba bentangkan hasil kerja kumpulan atau individu.
* Menyelitkan humar yang positif dan memberi galakan motivasi, sokongan moral.
* Mendidik dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.
* Menjadi pemudah cara kepada murid atau pelajar.
* Memeriksa latihan dan kerja-kerja latihan murid.
* Menyediakan latihan kerja rumah murid ( homework)
*Bersedia mengatasi masalah murid/ jika dapat hubungi ibubapa murid berkenaan.

Salam satu perkongsian dari t-club buletin malam rabu.

0 ulasan: