Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 28 Julai 2010

Projek Keceriaan Pusat Sumber SKPK. ( Bekas pelajar - Ereco Adrian Albert @ Salim datang membantu )

Erice dan guru pelatih setia membantu GPM menceriakan PSS
GPM dan Erico Adrian Albert @ Salim bergambar sebagai
kenangan
Harsidi J..letakkan carta organisasi ke papan info PSS
Mengecat..ranger & kiffly..terima kasih arh!
Asalamualaikum & salam sejahtera.
Selaku GPM saya sama sekali menyangka akan ada bekas pelajar SKPK yang kini sudah di kelas tingkatan 3 di SMK Keningau 1 datang dengan ikhlas membantu menceriakan Pusat Sumber sekolah. Bekas pelajar yang saya maksudkan ialah Erico Adrian Albert @ Salim. Pelajar ini seorang yang baik dan pelajar yang berperstasi baik dalam pelajaran di tahun 6 pada 2007. Dia sengkatan dengan putera GPM iaitu Mohd Ikmal dan yang lain-lain.

Semangat seperti yang ditunjukkan oleh Erico ini harus di contohi oleh bekas pelajar serta murid SKPK yang masih di sekolah ini. Erico sempat membuat daftar proses dan pengkatalogan buku baru pss. Menurut Erico apabila ditanya oleh GPM, Erica menjadi pengawas Pusat Sumber di sekolahnya maka Erico sudah banyak pengalaman untuk memproses buku pss. Tahniah kepada Erico yang masih mengenang jasa gurunya di SKPK. Semoga berjaya di dalam pelajaran dan menjadi anak bangsa yang berguna. Begitu juga dengan anak-anak GPM serta anak-anak murid yang lain. Selamat maju jaya.

0 ulasan: