Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 17 Oktober 2010

Di sebalik penanaman pokok sempena penanaman pokok sedunia & hasrat PPD



Pokok kayu hijau yang di sumbangkan
oleh Pk 1 SKPK

Guru Besar & YDP PIBG SKPK bersama-sama
menanam pokok hijau ini.

Pokok hijau yang sudah di
tanam di siram oleh En. Faizal

Salam sejahtera.

Pada 16hb Oktober 2010 telah di war-warkan sebagai satu hari menanam pokok atau tumbuhan di permis atau agensi2 kerajaan. Program ini kalau tidak silap penanaman pokok sedunia dan PPD Daerah Keningau telah menghantar surat pekeliling agar setiap sekolah melakukan penanaman pokok ini di kawasan yang sesuai di sekolah masing-masing. Kebetulan pada tarikh ini ( 16hb Okt) diadakan satu mesyuarat khas PIBG tahun 2010 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan program 4 dalam 1. Maka penanaman pokok ini telah dilaksanakan oleh Guru Besar ( Garipin Elid ) YDP PIBG ( Mohd Kharil Abdullah) PK 1 ( Helina L) dan PK Hem ( Beatrice Marcus ) dengan disaksikan oleh ibubapa yang hadir ke mesyuarat PIBG waktu itu.

Simbolik penanaman pokok ini, bermakna tanda kita sayangkan dan cintakan alam semulajadi, sekolah pada masa akan datang beroleh kecemerlangan seiring dengan pembesaran pokok hijau ini, sebagai simbolik kuatnya dan kukuhnya semangat murid dan ibubapa menjadikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sekolah, satu lambang kerjasama padu di kalangan ahli PIBAGU kepada sekolah.

Harapan, agara SKPK akan menjana kecemerlangan dan mencapai visi dan misi pada masa akan datang. Semoga pokok yang ditanam ini akan tumbuh subur sesubur semnagat warga pendidik, murid dan ibubapa serta orang kampung yang mengharap terbaik untuk masa depan.

Jenis pokok ini, tumbuh rendang, berdaun bentuk oval, corak menarik, daun berkilat bila ada sinaran mentari, daun hijau tua, berbatang sederhana keras dan batang berkulit putih berjalur. mengeluarkan bunga kecil warna putih dan harum kala bunga mengembang. Keadaan lain pada pokok ini beranting banyak dan rimbun daunnya.

Di tulis oleh GPM 17hboktber 2010 ( jam 8.23 minit malam)

0 ulasan: