Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 12 Oktober 2010

Aktiviti mencari harta karun anjuran Kelab Pusat Sumber SKPK

Setiap tahun akan diadakan aktiviti penutupan bulan Ko Kurikulum di SKPK, yang biasanya di pengerusikian oleh Pn. Masrinah Mohammad ( PK 3 ). Apa yang menarik aktiviti ini ialah semua unit beruniform, kelab dan persatuan serta unit permainan berganding bahu menjalankan aktiviti yang berlangsung selama 3 kali dan mengikut mingguan sekitar bulan July hingga bulan Ogos 2010.
Pusat Sumber pada kali ini diarahkan untuk melaksanakan dan mengendalikan satu program yang julung kalinya di pengerusikan oleh Kelab PSS, iaitu aktiviti mencari harta karun. Lokasi untuk melaksanakan aktiviti ini ialah di kawasan padang, di pondok dan di Pusat Sumber SKPK.
Antara AJK yang terlibat membantu melaksanakan aktiviti mencari harta karun ini ialah:-
-En. Mohd Zali A, Harsidi Junik, Izammudin, Syafiq, Ustz Mukhlis, Cg. Jenesi, Keffly, Ranger, nasrul,Ustaz salleh hudin R, Rosdi R. Sepanjang perlaksanaan aktiviti ini murid dari tahun 3,4,5 Dan 6 sangat seronok melakukan tugasan. Semoga mereka mendapatkan manfaat dan semoga menimba pengalaman baru. Untuk julung kaling elab Pusat Sumber telah menjuarai aktiviti mencari harta karun. Ketua kumpulan ialah adik Evarenci Jaitin. Semua ahli dalam kumpulan mendapat sijil dan hamper kemenangan.
Antara aktiviti mencari harta karun ialah :-
1. Meniup tepung di dalam piring ( gigit gula-gula yang ada)
2. Bowling kelapa ( berapa jatuhan pin )
3. Menjawab soalan kenegaraan di Puisat Sumber
4. Mengisi air ke dalam botol
Aktiviti telah di tamatkan pada 11.00 pagi.

0 ulasan: