Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 20 Mac 2010

Mini pentas penglipurlara Pusat Sumber SKPK

mini pentas 2009 ( cantik tetapi telah diubah
semula)

mini pentas 2010 ( diubah)
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, PSS sesebuah sekolah itu akan lebih afektif dengan adanya kerjasama organisasi sekolah. Tanpa kerjasama semua PSS akan lemah dari segi fungsinya.
Saya besyukur apabila melihat SKPK sekolah luar andar tempat saya dihantar bertugas, tenaga pengajarnya sejak dulu hingga kini sangat kometed dalam apa sahaja tugasan yang diberi khususnya dalam merealisasikan proses P&P.

Sebaik sahaja saya ditugaskan di sekolah ini, saya telah diberi tanggungjawab yang besar dengan memberikan saya tugas Guru Pusat Sumber atau Penyelaras PSS SKPK yang bermula saya pikul pada tahun 1995. Masa itu cetek ilmu yang saya ada, maklumlah lelaki pula, sejauh manalah kebolehan menghias PSS atau menceriakan PSS, yang saya pastikan ialah PSS SKPK berfungsi sebagai tempat guru mendpatkan sumber ABM dan tempat murid membaca, merujuk dan tempat bermesyuarat. Saya lihat buku-buku kemas dan tidak berpasir cukuplah. Namun itu tidak mencukupi sebenarnya tugas GPM amatlah berat jika dihuraikan.

Setiap tahun KPK ada perubahan, maka pada gambar di atas, merupakan mini pentas penglipurlara yang kami hias cantik di ruang sudut bilik PSS SKPK. Fungsi mini pentas penglipurlara ini adalah untuk pentas murid menyampaikan aktiviti membaca, bersajak, berpuisi, bersyair dan berlatih bercerita pada bila- bila masa. Nampak murid sangat seronok melihat kawan-kawan mereka bercerita dengan penuh aksi di pentas ini.

Baiklah untuk pengetahuan semua AJK yang terlibat dalam membina mini pentas penglipurlara ini ialah :
* En. Mohd Zali Ayub ( GPM) - Ketua
* Pn. Haryati Suhaili
* Cik Junaidah Amin ( Guru peatih )
* Pn. Juhasiah Muhamin ( Guru pelatih)
* Pn. Ahini Haisin
* En.Fian Jakirin ( Wakil ibubapa)

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA AJK INI.

0 ulasan: