Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 20 Oktober 2010

Keperluan mendapatkan restu dan keberkatan Ilmu

Kami berjanji akan mendapatkan keputusan
UPSR terbaik tahun ini
PPD En. Raisin Saidin menyampaikan ucapan
dan memberi restu kepada calon UPSR
SKPK 2010
Guru besar SKPK En. garipin Elid
Menyampaikan amanat terakhir kepada
murid tahun 6 2010
Sedang mendengar ucapan alu-aluan GB

Pada 20hb Sept 2010 bersamaan hari Isnin Majlis penyerahan ilmu di SKPK telah dilangsungkan. SKPK telah menjemput tuan PPD En. Raisin Saidin serta tuan Mohd Anis Tahir di sektor unit bimbingan & kaunseling telah turut hadir ke majlis ilmu ini. Guru-guru dan semua murid tahun 6 telah berkumpul di Dewan Serbaguna SKPK untuk memberi restu ilmu kepada semua calon UPSR SKPK 2010 yang pada esoknya akan menduduki UPSR.

Sebagai satu usaha keberkatan majlis ini amat sesuai dan merupakan julung kalinya diadakan di SKPK. Tetapi pada kali ini majlis ilmu ini telah diserikan dengan kehadiran tuan PPD yang amat perihatin terhadap kemajuan prestasi akedemik murid sekolah. Katanya anak-anak murid itu adalah merupakan jentera tenaga manusia yang menjadi pelapis kepada kakitangan kerajaan yang lama. Justru itu harus ada usaha mencemerlangkan mereka dalam apa juga keadaan. Beliau berharap akan ada murid SKPK yang keputusan UPSR menjadi terbaik dan mampu bersekolah di sekolah yang terbaik di mana-mana di Negara Malaysia. Jikapun tidak cemerlang beliau dengan tegas cukuplah jika mencapai 5 C dalam semua mata pelajaran UPSR.

Untuk lebih berkat, lebih afdal rasanya sangat perlu majlis penyerahan ilmu seumpama ini. Kerana 6 tahun menuntut ilmu dengan semua guru sejak tahun 1 hingga ke tahun 6, maka akan tiba peperiksaan besar seperti UPSR. Pasti dengan penghalalan ilmu dalam apa saja wajib dituntut oleh semua murid. Tanda mereka menerima ilmu dan ilmu itu menjadi hak mereka, menjadi amalan serta ilmu pengetahuan selama masih hidup di dunia ini. Selain itu dengan harapan agar semua mereka tenang dan tabah menjawab tiap soalan dari mata pelajaran matematik, sains, B. Melayu dan Bahasa Inggeris nanti. Doa semoga mereka berjaya dengan cemerlang.

Acara dalam majlis penyerahan ilmu ini ialah :-
1. Doa - Ustaz Sallehudin Rusinin
2. Mendengar ucapan Guru Besar SKPK
3. Mendengar ucapan Tuan PPD En. Raisin Saidin
* Ucapan motivasi
* Ikrar murid bersama PPD
4. Acara bersalam2an guru dan murid tahun 6 dan memberi restu
5. Jamuan makan, bersurai

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.

0 ulasan: