Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Khamis, 28 Ogos 2014

Taklimat Program VLE Oleh En. Mustafa Malisin Di ICT SK. Penagatan, Keningau


Frog Logo
Hari ini bersamaan hari Khamis 28hb Ogos 2014, telah diadakan satu sesi taklimat mengenai Program Frog VLE yang telah disampaikan oleh En. Mustafa Malisin. Taklimat telah diadakan di Makmal ICT SK. Penagatan, Keningau.

Semua guru-guru dikehendaki hadir kerana sasaran taklimat adalah sebenarnya dikalangan guru sebagai agen penyampai pendidikan di sekolah serta di mana juga berada. Selepas taklimat proses penyelenggaraan komputer dilakukan oleh semua Juruteknik dari Daerah Keningau di mana seramai sepuluh orang Juruteknik Makmal hadir memberiak khidmat bantu di SK. Penagatan.

Apakah Frog VLE?
Apa itu FROG?
Mari pelajari bagaimana log in Akaun Frog VLE...
  • Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar. Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. 11/16/2012 2
  • Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet. 11/16/2012 3
  • Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan. 11/16/2012 4
  • Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE. 11/16/2012 5
  • 11/16/2012 6
  • 1. Bagaimana membentuk pasukan vle frog 11/16/2012 7
  • Pasukan ini terdiri daripada Guru Besar/Pengetua,guru penolong kanan,guruguru berdasarkan bidang dan aliran mereka dan murid-murid. •Penglibatan seluruh warga sekolah untuk menjalankan dan melaksanakan segala tugasan dan aktiviti yang dirancang. 11/16/2012 8
  • 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tubuhkan pasukan VLE FROG _semua terlibat Pelancaran dan perasmian peringkat sekolah Kursus pendedahan guru-guru dari masa ke semasa mengikut tajuk dan bidang. Pemberitahuan dan penerangan tentang akses menggunakan YES ID dan password Penyebaran maklumat kepada murid-murid,ibu bapa melalui risalah,laman web facebook/blog/berita sekolah,poster dll . Pendedahan kepada murid-tayangan video,risalah dll. Laporan ke PPD . 11/16/2012 9
  •  Pelbagai kegunaan icon dalam widgets.  Penyimpanan fail/folder dalam My Documents,School Documents.  Muat turun bahan-bahan dlm File Drop dan Link to File.  External link & Embed-laman web yang berkaitan dgn Pdp.  Sites – Membina &berkongsi ilmu bagi semua m/pelajaran melalui ketua panitia/ketua bidang/guru/murid.  Tugasan/Asignment,forum,kuiz dan form utk guru & pelajar.  Booking Calender/Calender utk takwim & aktiviti dan lain-lain. 11/16/2012 10
  • Klik carian Google Chrome : www.google.com.my 11/16/2012 11
  • ANDA BOLEH AKSES AKAUN ANDA DI SINI: Klik di sini : https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do#
  • Jika akses pertama kali anda boleh klik pada bahagian yang bertanda dan kemaskini akaun anda melalui borang yang disediakan dalam laman web.
  • Website Frog Os https://abc2129.1bestarinet.net/app/login# ** bergantung pd kod sekolah masing-masing Gambar ini akan tertera utk login: YES ID Password xxxxxxxxxxx@Yes.My 1234567890 11/16/2012 14
  • 1.Login mengunakan YES ID dan password yang diberikan oleh YTL &1BestariNet :Jika pertama kali kemaskini akaun melalui borang yang disediakan.Save/simpan password jika takut terlupa.Klik bookmark * sebagai penanda Frog OS. 2.Contoh : admin- vleadmin.ABC2129@Yes.My 3. Password: adminXXXXXXX 4.Guru: AZLINAMSALEH@Yes.My 5.Password : 10 nombor IC - 5601050367 6.Murid : NIQLISYANAS@Yes.My 7.Password : 2930aa008d 8.Jika merujuk pada data excel yang dimuat turun,sila copy and paste setiap ruang YES ID dan password.Berhati-hati dengan pengunaan huruf,nombor & simbol.
  • Klik pada paparan bertanda untuk menerima terma dan syarat Frog OS
  • Contoh paparan dashboard
  • Rujukan Laman Web untuk mengetahui lebih lanjut tentang VLE Frog http://frogasia.com/learncentre/
  • Rujukan laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang 1BestariNet KPM http://1bestarinet.net/
  • Rujukan Laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang Frog Asia http://www.frogasia.com/v3/
  • Rujukan untuk download produk YES http://www.yes.my/v3/support/download.do#yes-life
  • Rujukan untuk akses,login ,menyemak akaun dan lain-lain https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do
  • Rujukan untuk menyemak laluan interet/coverage di tempat anda. http://www.yes.my/v3/coverage-check.do
  • Rujukan untuk semakan kelajuan internet/speed test http://www.yes.my/v3/speed-test.do
  • Lihat paparan ujian http://www.yes.my/v3/speed-test.do
  • Perkongsian untuk semua.. Sekian terima kasih Selamat mencuba 11/16/2012 26

Dalam ucapan penceramah menyatakan bahawa sesebuah sekolah seharusnya mengaktifkan Frog VLE sebagai satu line untuk menyelurkan apa juga aktiviti kepada semua pelajar, agar mereka mudah menerima informasi dan menjadi genarasi yang kaya dengan ilmu pengetahuan.Untuk mengaktifkan satu akaun Frog setiap guru harus memiliki satu id dan pasword yang sudah sedia dibuat oleh admin atau pentadbir laman utama Frog VLE akaun sekolah.

Dengan adanya Frog VLE guru bersama murid akan mampu melaksanakan P&P dengan lebih seronok berdasarkan line maya.

GPM mengucapkan selamat mencuba. kalau tidak berjaya usah putus asa cuba dan cuba lagi.
Hakcipta@GPM

Selasa, 26 Ogos 2014

Wajah Juara Sempena Program Pusat Sumber 2014

Assalamualaikum semua..
Gambar-gambar ini adalah dokumentasi
wajah-wajah juara yang sempat dipaparkan
dalam wall blog Pusat Sumber SK. Penagatan.
Mereka adalah juara dalam bidang yang dipertandingkan.
Jom kita tengok..

1. Gambar Juara Pertandingan
Memproses Buku PSS.
Terdiri dari Lokman, Aiza Idawati, Noraliya Adibah
dan Laila Kirana

 2. Gambar Juara Kuiz Individu Tahap 2
Nurul Asidatul Sapinin

3.Gambar Juara Jejak Maklumat
McAdam, Kedua Nazatul Efa Ketiga Ishwanda Fian


4. gambar Juara Juara Pertandingan Bicara Buku
Johan Aryani, Kedua Mohd Fadzri &
Ketiga Akmal Sahiful


Guru Besar Memberi Ucapan Alu-Aluan


EN. Joulis Masulip Pegawai Perasmi
Majlis Penutupan 
5 in  1
termasuk Program PSS
Majlis hari Raya 2014


Acara bergambar bersama Pegawai Perasmi


Antara Pegawai BTP Keningau yang hadir ialah
En. Mustafa Malisin

hakcipta@gpmskpk


Jumaat, 22 Ogos 2014

Siapa Juara Pertandingan Bicara Buku Sempena Program Pusat Sumber 2014

Asalamualaikum semua,,
Alhamdulillah Pentadbir / Admin Blog ini 
dapat log in juga kje akaun blog ini setelah
begitu lama tak online blog 
T-CLUB BULETIN SK. PENAGATAN,KENINGAU.
Syukran..

Baru-baru bertarikh 07hb Julai 2014 hingga 07hb Ogos 2014 Guru Besar sekolah En. Garipin Elid telah melancarkan Program Pusat Sumber sesi 2014 di Dewan terbuka SK. Penagatan. Program ini dilangsungkan selama sebulan dan berbagai aktiviti yang melibatkan murid dan guru-guru mengikutinya. Terbuka kepada semua. Nampaknya program ini selepas dipromosikan oleh GPM sambutan dikalangan warga SK. Penagatan sangat memberangsangkan. Tahnia kepada mereka yang sungguh berminat menyertai apa jg aktiviti.

Antara aktiviti yang dilangsungkan ialah :-
1. Pertandingan mencari perrkataan seerti tahap 2
2. Pertandingan Bicara Buku Khas tahun 5 sahaja
3. Pertandingan Membaca lancar tahun 1
4. Kuiz Perdana tahap 1 dan tahap 2
5. Pertandingan Memproses buku baru PSS tahap 2
6. Program NILAM tahap 1 dan tahap 2
7. Kategori paling rajin membaca 
8. Kategori paling bekerjasama.
9. Jejak Maklumat

Nampaknya semua aktiviti dijalankan dengan lancar sekali berdasarkan jadual yang telah digubal oleh GPM. Perasmian majlis penutupan telah dijalankan pada 08hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Terbuka SK. Penagatan, Keningau. Penagawai jemputan yang telah dijemput merasmikan ialah Pegawai dari PPD iaitu En. Joulis Masulip. Dan antara VIP yang hadir ialah Pegawai Teknologi PKG Keningau EN. Mustafa Malisin, YDP PIBG SK. Penagatan, En. Sapinin Jakirin guru-guru pelatih dari IPGM, warga guru dan murid sekolah. Pada masa itu ramai dikalangan murid seronok menerima hadia masing-masing.

Tidak ketinggalan bersama Panitia Matematik dan Panitia Sains serta Unit ICT menganjurkan aktiviti mengikut yang dirancang.Dalam aktiviti ini PSS telah mencungkil bakat besar seorang peserta bagi bahagianb pertandingan Bicara Buku.

Sebagai makluman lanjut inilah beberapa senarai nama yang telah menjadi juara dalam beberapa kategori yang dipertrandingkan sempena Program Pusat Sumber selama sebulan :-
1. Pertandingan Bicara Buku : Johan ( Aryani Rasundin - 5B )
2. Pertandingan Memproses buku secara kumpulan :Johan ( Kumpulan Lokman)
3. Jejak Maklumat : Johan ( Kelab Matematik & Sains)
4. Membaca Lancar tahun 1 : Johan Nurezlyn Deikin
5. Kuiz Perdana tahap 1 : Johan ( Nur Ayu Athira Jafar )
6. Kuiz Perdana tahap 2 : Johan ( Nurasidatul Sapinin )
7. Perkataan seerti tahap 2 : Johan ( McAdam Marcellus)
8. Program Nilam tahap 1 : Terbaik Madiha Sainin & Nur Ayu Athira Jafar
9. Program Nilam Tahap 2 : Terbaik Akmal Sahiful Rosli & Fazri Rehadan
10 . Terbaik Guru : Pn. Piah AK langit & Pn. Salbiah Nadzim

Majlis berakhir pada jam 12.00 pagi pagi hari jumaat dan jamuan hari raya terus dilangsungkan di kelas 6 Bijak.

Karya : GPM 

Selasa, 12 Ogos 2014

Membaca Bagaikan Buka Buku Buka Dunia.

Prorgam Membaca 10 Minit Peringkat SK. Penagatan
Berlangsung pada 22hb April 2014
Tempat : Dewan Terbuka SK. Penagatan
Dilancarkan oleh : Penolong Kanan 1 En. Marcellus Kandu.
Semua warga SK. Penagatan terlibat.

Mari kita lihat gambar dokumentasi.


Promosi Banner Jom Membaca 10 minit 
dari Jabatan Perpustakaan Wilayah.


PK. 1 En. Marcellus Kandu sedang berucap
dan melancarkan 10 minit membaca.


Menunggu detik yang ditetapkan.
10 minit membaca.


Aktiviti membaca sedang berlangsung..



Khyusuknya membaca.
Membaca Jambatan Ilmu
Buka Buku Buka Dunia..
Teruskan amalan membaca..
Membaca gaya wawasan..


byGPM/SKPK