Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 8 Oktober 2010

Lawatan Tuan PPD Keningau En. Raisin Saidin Ke PSS SEPENA




Bertemu kembali dalam laman maya T- Club Buletin SEPENA ( skpk). Mohon kiranya dapat dimaafkan kerana agak terlalu lama tidak update maklumat di laman ini. Sesungguhnya kita di batasi oleh had masa yang tidak mampu di kejar. Depan, belakang, kiri dan kanan kita perlu laksanakan tugas seharian yang merangkumi tugas peribadi di rumah dan di mana-mana. Alhamdulillah kali ini, sebuah kenangan kami persembahkan buat santapan minda, mata dan pengetahuan.

Baru- baru ini Tuan PPD Daerah Keningau telah sempat membuat lawatan ke SEPENA bersama En. Anis Tahir. Di mana lawatan itu bersamaan pada 6hb sept 2010 bersamaan hari Isnin. Yang pada esoknya UPSR tahun 6 2010 akan di jalankan di seluruh negara.

Tuan Raisin Saidin bersama En Anis telah diiringi oleh Guru Besar sekolah dan PK 1, telah melawat bilik guru, pusat sumber sekolah, bilik pemulihan dan kelas Pra Sekolah. Semasa di PSS beliau telah sempat melihat keadaan PSS, SEPENA sebuah bilik yang kecil tetapi GPM sekolah menyatakan bahawa biarpun kecil tetapi padat dengan aktiviti yang menjurus kepada kemajuan murid dalam mencari dan menambah ilmu pengetahuan. PK 1 telah menjelaskan bahawa ada 2 basikal di sajikan kepada murid sebagai anugerah dalam Program Galakan Membaca peringkat sekolah. Anugerah tersebut akan dilaksanakan pada bulan Nov 2010 sempena hari HUDPH 2010.

Sementara GPM En. Mohd Zali Ayub memberitahu bahawa SEPENA telah dibekalkan oleh Kampus Astro sebuah set decoder baru dan sebuah TV bentuk LCD. Justru penggunaan sangat aktif, murid bertambah minat ke PSS dan suka membaca buku.

Dengan kunjungan beliau maka SEPENA mendapat suntikan semangat yang berkobar-kobar agar merai lagi kejayaan demi kejayaan di masa akan datang. Tuan PPD kemudian di jemput untuk bersama guru2 ke Dewan serbaguna SEPENA untuk merasmikan majlis penyerahan ilmu calon UPSR 2010.



0 ulasan: