Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 27 September 2011

Imbasan Ihya Ramadhan SK. Penagatan, Keningau, Sabah

Ustaz Salleh hudin Rusinin

Baner Ihya Ramadhan SK. Penagatan,
Keningau, Sabah

SALAM SEJAHTERA.

Pertamanya dipanjatkan kesyukuran kehadratNya kerana diberikan masa untuk mencoret maklumat di laman T-Club Buletin SKPK pada hari ini. Kami hendak berkongsi kepada umum tentang peristiwa Ihya Ramadhan yang selamat dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam & jQaf bersempena Ramadhan elmubaraq yang lalu tahun 2011.

Dipengerusikan oleh Ustazah Rupiyah Jusri dan dibantu oleh semua guru-guru Islam Ihya ramadhan SK. Penagatan mempersembahkan banyak aktiviti yang menjurus kepada mengimarahkan Ramadan bulan yang penuh berkah & fadilatnya. Antara yang menarik dalam Ihya ramadhan kali ini ialah, diadakan satu Majlis Bersungkai atau Majlis Berbuka Puasa, justru sebelum berbuka puasa mengikut waktu Zon Keningau, pengisian tazkirah atau Ceramah berkisar memuliakan Ramadhan telah diadakan dan telah di sampaikan oleh Ustaz Salleh hudin Rusinin yang merupakan guru jQaf di sekolah ini.

Semua warga SK. Penagatan dijemput hadir ketika itu dan sama-sama mendengar ceramah yang di sampaikan oleh penceramah. Pasti yang mendengar itu akan mendapat hikmah, fadilat atau pahala yang hebat dari Allah. Penulis masih ingat dan masih baru di corong telinga ini antara kalimah penceramah ialah, Allah tidak memandang kecantikan paras rupa seseorang wanita, ketampanan seorang lelaki tetapi Allah lebih memandang keindahan iman di hati seseorang hambaNya. Dan amalan yang baik itu akan menjadi bakalan seseorang hambaNya ketika diakhirat akhirulkalam. Selepas ceramah berbuka dimulai dengan dibaca doa berbuka dan doa makan. Disusuli solat jemaah Maghrib yang di imami oleh Ustaz Salleh hudin Rusinin.

Antara jemaah ibubapa dan guru yang hadir ke Majlis Ihya ramadhan pada 27hb Ogos 2011 ialah En. Nasrul Hakim, En. Rosdi Rusiman, En. Mohd Zali Ayub, Pn. Ramlayati Sain, Pn. Norsuadah Wasimin & suami, Cik Aloha ( guru pelatih) Pn. Jahsiah & suami dan ramai lagi yang turut bersama menjayakan majlis ini. Semoga tahun hadapan dipanjangkan umur dan berjumpa lagi dengan wajah ramadhan dengan harapan semoga kali itu menjalani ramadhan dengan penuh rasa keinsafan dan lebih menghambakan diri kepada yang Esa.










0 ulasan: