Pensyarah ( En. Zaiedi ) sedang memeriksa
buku rekod mengajar guru pelatih di PSS.
Tengok buku yang harus disediakan ni, dokumentasi
dari guru pelatih kita.
Mengabadikan nostalgian bersama guru pembimbing, pensyarah
& guru pelatih di PSS
Komen tetap komen, mana yang baik tu
terima sajalah siti, khai hehe! tengoklah
pensyarah tu beri teguran positif, bagus2
Etuza dulu lalui semua ini tau!.haha.
Salam sejahtera.
Lama juga tidak buat catatan baru di laman ini. Nampak bersawang rasanya bila lama tidak membuka pintu rumah t-club buletin ini. Untuk tidak menghampakan pembaca maka petang ini saya mahu kongsikan nostalgia saya bersama Pensyarah dari IPGM Kampus Keningau dan dua orang guru pelatih juga dari IPGM Kampus Keningau, Sabah.
Dua orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Keguruan Malaysia, Kampus Keningau telah dihantar datang Latihan Mengajar selama empat minggu di SKPK tempat GPM mengajar. Mereka itu ialah Cik Siti Zainon Termin dan Kharil Anuar Mohd Junaidi. Mereka mengambil Sains untuk diajar yang masing-masing dalam kelas tahun dua dan kelas tahun empat. Pihak pentadbir telah memberi mandat dan amanah kepada saya untuk menjadi Guru Pembimbing mereka berdua. Rasa tercabar juga dengan tugas ini, bukan mudah untuk memberi bimbingan dengan mereka yang mengambil bidang sains dan Bahasa Inggeris. Oleh kerana saya punyai penalaman yang ada saya terima juga cabaran untuk membimbing mereka.
Kadang kala bila membimbing orang yang baru bergiat dalam bidang guru ini, kita nampak banyak kelemahan yang ada pada sesetangah guru pelatih. Sebab itu saya katakan bahawa Profession Keguruan Bukan Perkara yang Mudah tetapi sebenarnya mencabar dan banyak perkara harus ditempuhi demi melepasi piawaian kreteria penilaian yang telah digariskan. Pada hari rabu minggu ini saya dan tuan pensyarah dari IPGM EN. Zaiedi ( nama penuh lupa - namti tengok nama pelawat PSS ) telah membuat penyeliaan bersama kepada dua guru ini. Memang nampak perbezaan pada kedua-duanya dari segi markah keseluruhan. Tugasan yang sama iaitu mengajar secara realiti dalam kelas saya selaku guru pembimbing nampak kelemahan yang perlu dibaiki. Saya telah jalankan tugas sebaik mungkin.
Tengoklah berapa banyak kerja yang perlu disediakan oleh seorang bakal guru kepada anak bangsa kita. Ingat mudah ke? hanya orang2 yang benar2 minat pada kerjaya guru dapat menyediakan tugasan sebegini berat. Dalam gambar di atas itu, selain kena selia ( observe) guru pelatih harus sediakan 1. Fail HSP sukatan pelajaran. 2. Buku ringkasan mengajar. 3. Kit BBM. 4. Folio. Tidak hairanlah jika saya pernah mendengar ada guru pelatih yang gagal dalam menghadapi latihan mengajar. Namun bagi dua guru di bawah bimbingan saya Cik Siti Zainon dan En. Khairil Anuar, mereka berjaya menghadapi tugasan ini dengan baik. walaupun markah jelas berbeza tetapi nampak kejayaan dan kometmen yang mereka tunjukkan. Selain mengajar mereka juga diuji oleh sekolah dalam menyandang beberapa tugasan dalam membantu pihak sekolah menjayakan majlis dan aktiviti Ko-Kurikulum. Saya secara ikhlas mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru pelatih ini. Saya mohon maaf jika ada kesalahan selama memberi bimbingan.
0 ulasan:
Catat Ulasan