En. Mohd Zime Samat sedang mencuba membuka
pintu makmal ICT.
En. Garipin Elid sedang memberikan makluman
kepada para pegawai yang datang menyelia
makmal ICT SKPK.
Salam sejahtera.
Bangunan ICT atau bilik makmal komputer SKPK sejak tiga tahun yang lalu belum sempurna lagi menyebabkan hingga kini 2010 masih belum beroperasi. Kami warga SKPK sangat berharap agar pengisian meterials berbentuk alat-alat pembelajaran pelajaran ICT dapat dipercepatkan ke SKPK agar makmal yang ini dapat di manfaatkan untuk pembelajaran khususnya kanak-kanak sekolah SKPK serta warga guru SKPK.
Baru-baru ini tiga orang wakil dari PPD Keningau datang membuat penyeliaan ke bangunan makmal ICT di SKPK. Mereka yang saya sangat kenali ialah En. Mohd Zime Samat merupakan mantan Guru Besar di SKPK sekitar tahun 90an. Setakat ini bangunan makmal sudah ada peralatan meja dan kerusi komputer, tetapi alat-alat lain serta talian elektrik tidak berfungsi. Pendek kata masih banyak yang belum lengkap pada bilik ini. Dalam gambar kelihatan para pegawai yang melawat sedang membuat catatan dan maklumat tentang status makmal ICT di SKPK. Semoga ada kemajuan selepas wakil Pegawai dari PPD Keningau membuet pemantauan ini.
Salam berita SKPK.
0 ulasan:
Catat Ulasan