Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 10 April 2010

Program Gotong Royong Kali Pertama Keceriaan SKPK Mendapat Kerjasama Dari PIBG

Kg. Bomboi ( jalan ke tandas murid)

Kg. Penagatan Laut ( jalan ke kelas & perhimpunan)
Bagus2 En. Rizal bagi sokongan juga.

Ibu-ibu sedang mengingat ka tu arh!
hehe berehat seketika..

Kg. Penagatan Ulu ( jalan ke bilik guru)

Guru besar, YDP dan P. Kanan 1 sedang
berbincang ke ..hehe

Nampak meriah sangat gotong-royong keceriaan kali pertama di Sk. Penagatan, Keningau pada. Ramai ibubapa yang datang memberikan kerjasama, selian daripada guru-guru SKPK dan guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau.

Dalam gotong royong tersebut sebulat suara dalam mesyuarat memutuskan dan menyokong saranan guru besar baru En. Garipin Elid agar kawasan yang hendak disimen itu di bahagikan mengikut kampung. Maka dengan itu Kg. Penagatan Ulu diberi tanggungjawab menyimen jalan ke bilik guru, Kg. Penagatan Laut menyimen jalan ke kelas dan ke tapak perhimpunan manakala Kg. Bomboi menyimen jalan ke tandas murid. Akhirnya terlaksana pada hari itu.

Penebangan pokok kelapa dan pinang juga telah dilakukan sekali dengan bantuan ibubapa atau Pibagu yang diterajui oleh YDP Mhod. Khairil Abdullah.

Pihak sekolah dan AJK tertinggi PIBGU SKPK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang datang memberikan kerjasama semasa program gotong royong ini. Ibubapa yang datang ke gotong royong pada hari itu adalah ibubapa yang prihatin dan bertanggungjawab dalam membant sekolah SKPK ke arah kecemerlangan termasuk keceriaan luar kawasan sekolah.

Semoga SKPK terus mantap.


0 ulasan: