Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 2 Oktober 2012

Siapa Tuan Rumah Program KM1M 2012?

Cantik...
 
   bannaer KM1M 2012
Peringkat Negeri Sabah.
Daerah Keningau selaku tuan rumah.

Perasmian program KM1M 2012 dan pelancaran READ 2012 bagi Negeri Sabah akan disempurnakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2012M/8 Zulhijjah 1433H (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Datuk Sri Panglima Lee Tsen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah.

Disamping KM1M, program READ 2012 yang dikelolakan oleh SCHOLASTIC Malaysia juga akan berlangsung serentak. Bagi sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program READ 2012, perlulah mendaftar melaluiwww.readtogether.com.my selewat-lewatnya 30 September 2012. Bagi program READ 2012, sebanyak 50 buah buku akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.
Di bawah ini ialah senarai 8 buah sekolah Daerah Keningau yang telah tersenarai dalam program READ 2012:

1. SJKC  Cheng Ming 

2. SJKC Yuk Kong
3. SMK Bingkor
4. SMKGunsanad 2


5. SK Penagatan

6. SK St James
7. SK Benaong
8. SMK Keningau



( terima kasih info ni Cg Mus ~ mohon maaf agar SK. Penagatan tak lupa, GPM copy dan jadi entry di laman blog PSS SK. Penagatan, Keningau ) 

        GPM dengan arahan pihak pentadbir sekolah, datang ke mesyuarat susulan kali ke 2 program KM1M di PPD Keningau. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Pn. Jamilah Padli.Turut sama datang ke mesyuarat ini ialah En. Sahmuin yang merupakan Pegawai BTP Negeri Sabah. Banyak perkara dibincangkan. Dan GPM telah mengambil catatan bahawa SK. Penagatan telah dimandatkan sebagai petugas pendaftaran kehadiran VIP, guru2 pengiring dan peserta ( pelajar). 

Selaku petugas bahagian pendaftaran, pengerusi meminta agar dapat diusahakan agar pihak SK. Penagatan dapat menyediakan 500 keping nombor untuk digunakan semasa READ Together 2012 pada 24hb Okt 2012 semasa majlis perasmian KM1M peringkat Negeri Sabah.
Nombor warna merah untuk pelajar rendah, nombor hijau pelajar sekolah menengah dan nombor biru untuk umum ( golongan dewasa). Nombor ini digunakan untuk tujuan mengesan buku2 bahan bacaan yang akan dibaca oleh tiap individu, oleh itu pemberitahuan dengan tegas agar buku bacaan dari Wilayah Perpustakaan Cawangan Keningau berdasarkan warna nombor tidak akan hilang dan dikembalikan dengan selamatnya.

GPM dari SK. Penagatan meminta agar tuan rumah atau Tempat: Dewan Datuk Sri Panglima Lee Tsen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah, meminta agar pihak sekolah tersebut dapat menyediakan meja bagi urusan pendaftaran. Tindakan menghias meja pendaftaran itu akan diurus oleh pihak SK. Penagatan, Keningau, Sabah. 
Semoga majlis ilmu ini akan berjaya, lancar dan tidak ada masalah yang timbul. So GPM Ready to job.