klik gambar agar lebih jelas ( kamera kurang elok ~ mohon maaf kekaburan dalam gambar ini)
Salam sejahtera, SK. Penagatan, Keningau, Sabah memang telah dimaklumkan sejak awal bahawa akan ada lawatan JPN Sabah serta wakil PPD dari Pitas dan PPD Keningau pada 1hb Oktober 2012 bersamaan hari isnin.
Beberapa liputan dari peristiwa lawatan para Pegawai JPN dan rombongan dapat kita saksikan seperti dalam gambar yang hanya beberapa sahaja dapat dimuatkan ke blog T-Club Buletin ini. Antara yang datang melawat dan memantau dari aspek fail, P&P, Pencerapan dan penyeliaan latihan murid ialah En. Asri Haji Abu Bakar ( PPD Keningau) Ustaz Mohamad Hazdir ( PPD Keningau ) Pn. Nurfarhana ( PPD Pitas, Sabah) En. Fadial ( JPN- Sabah ) dan En. Sapri ( JPN Sabah).
Memang agak mencabar apabila ada pelawat dari pihak atasan memantau sekolah, seperti yang kami alami hari ini. Apapun pada saya tidak perlu tertekan kerana memang sudah biasa dengan rutin kerja seharian guru di sekolah. Malah kerja guru di sekolah hari ini akan dipikul lagi ke rumah dengan kerja2 online yang amat memenatkan. Ya memenatkan kerana line internet yang sungguh slow akan menyebabkan kegagalan online meneroka laman-laman sosial pendidikan. Seperti malam ini GPM terasa amat penat apabila upload beberapa keping gambar peristiwa lawatan ini ke FB GPM tetapi gagal upload berkali2, dengan tujuan share maklumat kepada beberapa pihak yang memninta agar dapat diusahakan peristiwa lawatan mereka di SK. Penagatan, Keningau.
Lawatan mereka bukanlah blam, bom SK. Penagatan hanya apabila terlihat kelemahan yang ada, tetapi teguran mereka membina dan tidak menekan, malah mereka memberi cadangan yang baik agar apa yang kurang itu, apa yang lemah itu dapat diusahakan agar lebih baik, dapat diambil tindakan agar ada usaha yang berterusan. Khasnya usaha mempertahankan % keputusan UPSR tahun lalu yang agak tinggi dicapai di sekolah ini. Selain itu mereka menekankan agar sistem failing diperbaiki, mutu P&P di kelas diperketatkan dimantapkan dengan pelbagai teknik, usahakan agar pemantauan penyeliaan kerja murid dalam jadual yang ditetapkan agar lebih kemas dan berkesinambungan dari masa ke semasa. Ustaz Mohamd Hazdir juga memberi teguran hal info dalam buku rekod guru mengajar harus lengkap. Mana-mana ruang seperti catatan buku rujukan juga harus dilengkapi. Pn Nurfarhana dari PPD Pitas Sabah juga menyatakan cadangan agar diadakan pemantauan bersilang antara ketua panitia pelajaran. Juga mengadakan team menyediakan P&P agar kerja2 guru lebih kemas dan adanya unsur bekerjasama.
En. Sapri pula katanya, guru wajib mengajar di kelas, usahakan agar menepati masa dan rekod mengajar harus disahkan oleh pihak pentadbir. Pernyataan refleksi dalam P&P juga amat ditekankan. Jika dilihat dan diamati teguran mereka ini, jelas bahawa semua itu sudah sebati dengan tugas guru. Dengan demikian hanya dengan usaha yang berterusan, ikhlas dan tidak menganggap tugasan guru itu beban akan merealisasikan usaha memantapkan sistem pendidikan yang lebih berkesan dapat ditonjolkan.
Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah akses fail utama di sekolah ini. Akses fail utama akan lebih berfungsi memudahkan penyeliaan oleh pelawat yang datang memantau kerana fial yang wujud memang jelas nampak di rak fail, tetapi harus diingat bahawa jika akses fail berfungsi maka fail timbul yang sudah dilengkapkan tidak akan diganggu lagi.