Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 4 Februari 2012

Program Pusat Sumber Sekolah Seawal Januari 2012.

Seronoknya anak-anak membaca di
Pusat Sumber ketika ada masa sengang.
Enrolmen wajah baru, lebih bersih &
lebih ceria serta banyak informasi.
Hasil kreatif En. Mohd Zali Ayub &
Ustazah Norsuhaidah Mat Isa.
Bukti kami berkerja demi untuk bangsa & negara.

Wajah pengawas PSS SKPK yang baru di lantik 2012.

Program yang baik pasti akan tercapai jika seawal tahun dirancang, terkandung dalam takwim dan pastinya telah diwadahkan di dalam Perancangan Strategik untuk tahun 2012. GPM dengan sokongan semua warga sekolah berusaha untuk memajukan aspek pengurusan, penggunaan, kefungsian dan keceriaan Pusat Sumber SK. Penagatan, Keningau seawal tahun 2012. Dan ternyata apabila bilik PSS ceria warga sekolah yang termasuk guru, murid dan pelawat luar amat tertarik untuk melihat, membaca dan mengunjungi PSS tersebut.

PSS SK. Penagatan, Keningau terbaru merencanakan program keceriaan dan pembentukan pengawas baru sesi 2012. Mesyuarat kali pertama telah dijalankan pada 30hb Jan yang bertempat di PSS. Seramai 25 orang pengawas PSS yang gtelah dilantik telah menyediakan pakaian seragam mereka seperti yang kita lihat di dalam gambar. Pengawas yang dilantik amat gembira dengan pakaian mereka yang bersih dan berseri.

Tugasan pertama telah diberikan kepada Nurul Izzati Zulkifly dengan menyampaikan promosi Program NILAM di hadapan seramai 222 orang murid dan 28 orang guru ketika perhimpunan rasmi pada minggu ke 4 persekolahan. Begitu juga dengan promosi peminjaman yang juga telah dipromosikan oleh adik Nurul Izzati Z. Syabas dan tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik tahun ini.

Di bawah kendalian GPM serta arahan pihak pentadbir khususnya di unit HEM, PSS yang diketuai oleh GPM dan bantuan Ustazah Suhaidah Mat Isa dan bantuan beberapa orang pengawas PSS, unit PSS akhirnya telah menyiapkan Info Enrolmen iaitu daftar murid dan guru - guru SK. Penagatan, Keningau. Konsep bersih dan ceria telah berjaya terhasil kerana enrolmen ini akan berada lebih bersih berbanding tahun lalu yang sering menampakkan kesan hitam apabila enrolmen sering berubah apabila berlaku perpindahan murid ke sekolah lain dan penerimaan murid baru di SK. Penagatan, Keningau. Diharap semua warga SK. Penagatan merasa gembira dengan perubahan baru ini.

Catatan oleh GPM/12

0 ulasan: