PK Hem dan GPM sekolah sedang berbual-bual
dengan ketua Nazir dari KPM pada awal feb yang lalu.
Nazir KPM En. Mazlan sedang membaca informasi
yang terdapat di papan Info PSS, rekod sekitar 2011
masih dipamerkan.
Ketua Nazir KPM sedang melihat gambar-gambar
dokumentasi. Rupanya gambar2 yang saya ambil pada
masa yang lalu amat bermanfaat. Syukran ada yang melihat
dan menghargainya.
Salam sejahtera semua yang berkunjung di laman T-Club Buletin SK. Penagatan, Keningau, Sabah.
Melihat kepada tiga gambar di atas itu pastinya teman guru atau sesiapa sahaja dapat mengagak apakah peristiwa yang berlaku ini. Jika anda seorang pendidik pastinya tekaan anda adalah tepat. Situasi dalam gambar adalah satu peristiwa yang mana Nazir dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah datang membuat pemantauan terhadap sekolah khasnya dalam aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan kegiatan KoKurikulum pada awal Febuari 2012 yang lalu.
Jemaah Nazir KPM yang telah diketuai oleh En. Mazlan dan En. Awang telah berlangsung dari 7.00 pagi hinggalah ke jam 2.30 petang. Jemaah Nazir kali ini telah memantau fail dari pelbagai organisasi di Pusat Sumber SK. Penagatan. GPM dengan bantuan guru-guru telah menyediakan PSS sejak Jan 2012 demi untuk memastikan Para Pegawai menggunakan PSS dengan lebih selesa dan meneliti isi kandungan fail dengan tumpuan lebih baik.
Ternyata fungsi PSS disesebuah sekolah sangat penting, kerana sesebuah PSS sekolah yangakitif menjadi nadi kepada sebaran ilmu di setiap sekolah yang mengjadikan PSS berfungsi . Selaras dengan itu pelbagai fungsi lain PSS di sekolah iaitu, antaranya ialah:-
a. Berfungsi sebagai tempat mesyuarat staff
b. Menjadi tempat murid membaca buku cerita
c. Sebagai tempat jamuan makan jika diperlukan
d. Tempat membimbing murid lemah atau murid yang pantas,
berfungsi sebagai pusat kelas tambahan murid UPSR, jQaf
e. Sebagai tempat murid berehat ketika sakit dan tempat guru berehat sambil mermbuat kerja2 harian guru yang mana hendak disiapkan.
Kami pihak sekolah mengharapkan agar lawatan jemaah Nazir dari KPM ini akan membakar semangat dan warga guru akan terus mengukir nama Luckyke mercu jaya. Syabas! PSS dan good luck.
0 ulasan:
Catat Ulasan