Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 28 Julai 2010

Pemasangan kampus astro di Pusat Sumber SK. Penagatan

Agent sedang memberi taklimat tentang Kampus Astro
GPM memegang poster Kampus Astro ( Terima kasih astro)
Siti, marcellus dan keffly sedang mendengar taklimat tentang
Kampus Astro.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pada awal Julai 2010 pemasangan Kampus Astro telah dilakukan di SK. Penagatan yang bertempat di Pusat Sumber sekolah. En. Mohd Zali A selaku guru GPM telah diberi mandat oleh guru besar En. Garipin Elid sebagai guru yang bertanggungjawab mempastikan pemasangan kampus astro ini berjalan lancar dan mendapatkan sebarang info berkaitan dengan TV Kampus Astro.

Selepas pemasangan agent telah memberikan taklimat mengenai cara penggunaan TV Kampus Astro. Antara yang di taklimatkan ialah :-
1. Dekoder player astro telah di setkan ke kotak dan dikunci, di mana tidak perlu sesiapa guru mengubah seting secara sesuka hati.
2. Jika ada masalah seperti kerosakan sila laporkan kepada pihak astro agar mereka membuat tindakan susulan.
3. saluran yang pelbagai tetapi kampus astro tidak setaraf dengan astro beyond yang lebih hebat, maka kampus astro hanya paparan untuk pendidikan murid yang agak berkaitan.
4. Saluran 100 dan lain-lain yang terdapat dalam iklan kampus astro sahaja yang boleh dipertontonkan kepada murid sekolah rendah.
5. Apa sahaja saluran yang menayangkan maklumat boleh di rekod dan boleh dilihat walaupun siaran sudah berlalu, asalkan kita rekodkan.
6. perkhidmatan kampus astro adalah percuma yang telah dihubungkan dengan Kementerian Pendidikan. Maka kampus astro akan berfungsi selagi ada perkhidmatan percuma dari pihak astro.

Semasa taklimat yang telah dibuat oleh agent guru yang telah mendengar taklimat ini ialah : -
* En. Mohd Zali Ayub ( GPM )
* En. Marcellus Kandu ( Guru sains & Guru kelas 4Bijak )
* Pn. Siti Kaidah Sakimin ( Guru matematik dan guru ICT )
* En. Keffly Kaling ( Guru Pelatih dari IPGM Kampus Keningau)

Diucapkan syabas dan tahniah kepada SKPK kerana mendapat perkhidmatan percuma Kampus Astro. Semoga memberi banyak manfaat kepada warga SKPK khasnya murid sekolah.

0 ulasan: