Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rabu, 28 Julai 2010

19hb Julai 2010 bersamaan hari Isnin PSS SK. Penagatan Keningau di nilai.



Asalamualaikum & salam sejahtera.
SK. Penagatan, Keningau telah menyertai pertandingan PSS cemerlang peringkat Daerah Keningau tahun 2010. SK. Penagatan menyertai pertandingan ini sebagai menimba pengalaman dan sebagai cabaran yang positif bagi meningkatkan kemantapan pengurusan PSS di bawah kendalian GPM yang telah dilantik.

Banyak dokumentasi yang di selia oleh wakil pegawai dari BTP yang mewakilkan pegawai dari PKG Tenom dan pegawai dari PKG Nabawan. Dua orang pagawai ini selamat sampai di SKPK tepat jam 2.30 petang dan warga SKPK yang diketuai oleh En. Garipin Elid ( GB), Pn. Helina L ( PK 1) En. Mohd Zali A ( GPM ) Pn. Haryati S dan Cik June Violet G menyambut mesra mereka. Sebaik masuk ke PSS 5 orang murid SKPK menyambut merekan dengan ucapan salam dan serangkap pantun alu-aluan. Murid yang terlibat membantu ialah Ismat Afif, Azam fathul, Idawati, Syafiqah dan Suhani Alya.

Terima kasih kepada kedua-dua pegawai yang datang menilai. Terima kasih atas teguran yang membina. Kami berpuas hati pada penilaian pegawai tersebut, dan menempatkan PSS SKPK pada kedudukan yang kami banggakan walaupun tidak cemerlang. Sesungguhnya semua yang di rancang itu jika baik tujuannya maka hasilnya baik. Semoga PSS SKPK pada suatu masa akan mendapat bantuan berbentuk bangunan yang boleh di olah menjadi satu gedung ilmu dan sumber maklumat yang terbaik di Zon Pegalan.

0 ulasan: