Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Isnin, 1 September 2014

Pray MH17 & Berkabung Menghormati Ketibaan Jenazah Mangsa Di Lapangan Terbang Malaysia

Asalamualaikum & salam sejahtera kepada semua.
Majlis bacaan Yasin dan doa khas untuk MH 17 di SK. Penagatan Keningau telah berlangsung tepat jam 10  pagi pada 22hb Ogos  2014. Kerajaan Malaysia menggesa kepada semua masyarakat Malaysia agar pada ketibaan jenazah pada jam 10.00 pagi agar dapat bertafakur sejenak bagi menghormati ketibaan jenazah nanti. Dan sebagai rakyat Malaysia yang sangat hiba dengan kejadiaan ini, maka SK. Penagatan, Keningau turut mengadakan majlis bacaan yasin dan berkabung pada masa yang disarankan.

Majlis bacaan yasin dan berkabung ini diketuai oleh Ustaz Mohd Suffian dan Ustaz Mohd Azwan Saidin. Semua muid Islam berkumpul di Dewan terbuka bersama semua guru-guru Islam. Manakala bagi pelajar yang bukan Islam serta guru-guru bukan Islam turut berkabung bersama di Makmal ICT SK. Penagatan, Keningau. Mereka diminta bertafakur dan kemudian menonton secara live ketibaan jenazah mangsa tersebut diusung di Lapangan Terbang pada jam 10.pagi hari itu.

Secara ringkas majlis bacaan yasin ini diisi dengan acara-acara seperti berikut:-
* Semua murid Islam dan guru berkumpul
*Bacaan zikir dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW
* Pemakluman tentang tujuan berkabung dan hukum dalam Islam
* Bacaan Yassin
* Doa 
* Bersurai pada jam 11.30 pagi.

( Semoga doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi jenazah dan mereka ditempatkan disisi
orang-orang yang beriman )









Lukisan PRAY MH17 telah dikendalikan oleh
Cg. Haryati Suhaili.


Hakcipta@GPM


0 ulasan: