Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Jumaat, 22 Ogos 2014

Siapa Juara Pertandingan Bicara Buku Sempena Program Pusat Sumber 2014

Asalamualaikum semua,,
Alhamdulillah Pentadbir / Admin Blog ini 
dapat log in juga kje akaun blog ini setelah
begitu lama tak online blog 
T-CLUB BULETIN SK. PENAGATAN,KENINGAU.
Syukran..

Baru-baru bertarikh 07hb Julai 2014 hingga 07hb Ogos 2014 Guru Besar sekolah En. Garipin Elid telah melancarkan Program Pusat Sumber sesi 2014 di Dewan terbuka SK. Penagatan. Program ini dilangsungkan selama sebulan dan berbagai aktiviti yang melibatkan murid dan guru-guru mengikutinya. Terbuka kepada semua. Nampaknya program ini selepas dipromosikan oleh GPM sambutan dikalangan warga SK. Penagatan sangat memberangsangkan. Tahnia kepada mereka yang sungguh berminat menyertai apa jg aktiviti.

Antara aktiviti yang dilangsungkan ialah :-
1. Pertandingan mencari perrkataan seerti tahap 2
2. Pertandingan Bicara Buku Khas tahun 5 sahaja
3. Pertandingan Membaca lancar tahun 1
4. Kuiz Perdana tahap 1 dan tahap 2
5. Pertandingan Memproses buku baru PSS tahap 2
6. Program NILAM tahap 1 dan tahap 2
7. Kategori paling rajin membaca 
8. Kategori paling bekerjasama.
9. Jejak Maklumat

Nampaknya semua aktiviti dijalankan dengan lancar sekali berdasarkan jadual yang telah digubal oleh GPM. Perasmian majlis penutupan telah dijalankan pada 08hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Terbuka SK. Penagatan, Keningau. Penagawai jemputan yang telah dijemput merasmikan ialah Pegawai dari PPD iaitu En. Joulis Masulip. Dan antara VIP yang hadir ialah Pegawai Teknologi PKG Keningau EN. Mustafa Malisin, YDP PIBG SK. Penagatan, En. Sapinin Jakirin guru-guru pelatih dari IPGM, warga guru dan murid sekolah. Pada masa itu ramai dikalangan murid seronok menerima hadia masing-masing.

Tidak ketinggalan bersama Panitia Matematik dan Panitia Sains serta Unit ICT menganjurkan aktiviti mengikut yang dirancang.Dalam aktiviti ini PSS telah mencungkil bakat besar seorang peserta bagi bahagianb pertandingan Bicara Buku.

Sebagai makluman lanjut inilah beberapa senarai nama yang telah menjadi juara dalam beberapa kategori yang dipertrandingkan sempena Program Pusat Sumber selama sebulan :-
1. Pertandingan Bicara Buku : Johan ( Aryani Rasundin - 5B )
2. Pertandingan Memproses buku secara kumpulan :Johan ( Kumpulan Lokman)
3. Jejak Maklumat : Johan ( Kelab Matematik & Sains)
4. Membaca Lancar tahun 1 : Johan Nurezlyn Deikin
5. Kuiz Perdana tahap 1 : Johan ( Nur Ayu Athira Jafar )
6. Kuiz Perdana tahap 2 : Johan ( Nurasidatul Sapinin )
7. Perkataan seerti tahap 2 : Johan ( McAdam Marcellus)
8. Program Nilam tahap 1 : Terbaik Madiha Sainin & Nur Ayu Athira Jafar
9. Program Nilam Tahap 2 : Terbaik Akmal Sahiful Rosli & Fazri Rehadan
10 . Terbaik Guru : Pn. Piah AK langit & Pn. Salbiah Nadzim

Majlis berakhir pada jam 12.00 pagi pagi hari jumaat dan jamuan hari raya terus dilangsungkan di kelas 6 Bijak.

Karya : GPM 

1 ulasan:

pusat sumber sekolah skpk berkata...

semoga pelajar skpk maju kehadapan.amin