Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Selasa, 16 Mac 2010

Agenda keceriaan fasa 3 SKPK dibincangkan

Antara AJK yang hadir, bertopi En. Rizal
Ahmad Yani.
Mesyuarat PIBG pada 5.3.2010
Tengah Guru Besar baru, baju kuning
YDP PIBAGU En. Khairil Abdullah.
Asalamalaikum dan salam sejahtera.
  1. Alhamdulilah dan syukur kpdNya kerana satu mesyuarat khas AJK PIBAGU SKPK telah berjaya diadakan pada 5.3.2010 bersamaan hari jumaat yang dimulakan pada jam 10.30 pagi.
  2. Mesyuarat dimulakan dengan mempersilakan terlebih dahulu guru besar baru En. Garipin Elid memberikan ucapan alu-aluannya. Beliau sangat berterima kasih kepada semua yang hadir, menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan semua pihak harus bekerjasama. Beliau mencadangkan agar nantinya dalam perbincangan kawasan sekolah dibahagikan kepada blok-blok mengikut kampung dalam usaha murni menceriakan kawasan sekolah SKPK.
  3. En. Mohd Khairil Abdullah selaku YDP PIBAGU menyatakan kesyukuran bahawa guru besar baru menampakkan kemesraan kepada semua, beliau harap dengan pucuk pimpinan guru besar baru ini, SKPK akan lebih cemerlang.
  4. Pn. Helina L dalam mesyuarat menyatakan bahawa mesyuarat ini adalah susulan dari mesyuarat lalu, adalah lebih baik jika usaha mengadakn gotong royong membuat penyimenan jalan ke bilik guru, ke kelas2 dan ke tandas murid.
  5. Usul diterima, setiasaha menyatakan bahawa tiada masalah menghantar surat jemputan kepada semua ahli PIBAGU, namun beliau berharap agar ibubapa memberi kerjasama dalam usaha gotong royong ini, ibubapa harus sedar bahawa kiranya gagal hadir ke mesyuarat sebulat suara AJK PIBAGU memberi denda sebagai ganti diri dalam bentuk wang RM 10.00 dan diserahkan kepada bendahari PIBG.
  6. Kata putus telah di bentuk dengan melantik En. Rizal Ahmad Yani, Pn Helen Lee dan En. Fian Jakirin serta En. Jasim Sabri sebagai pemungut wang sumbangan keceriaan fasa 3.
  7. Bendahari keceriaan yang dilantik ialah Pn. Ahini Haisin dan Ustazah Julitah Saliman.
  8. Penyelaras keceriaan SKPK ada tahun 2010 ialah En. Mohd Zali Ayub juga selaku setiausaha PIBG sesi 2009/2010
  9. Syabas! dan tahniah, mesyuarat ditamatkan pada 12.30 tengahari.

0 ulasan: