Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 28 Mac 2010

Mohd Ismat Afif & Nurhijratul mengharumkan nama sekolah Zon Pegalan acara bercerita MTQ peringkat Daerah Keningau.

Bergambar bersama Jurulatih Ustaz Salleh
hudin Rusinin
Ustazah Mazila S dan para hakim yang lain
sedang berbincang.

Tropi kememangan dan sijil

Wajah juara dan tempat ketiga.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Mohd Ismat Afif dan Nurhijratul kerana memenangi acara bercerita MTQ peringkat daerah Keningau pada 23hb Ma 2010 yang erpusat di SMK Bingkor, Keningau.

Nurhijratul Morinus menjadi peserta perempuan kategori bercerita telah mendapat Johan dan Mohd Ismat Afif bercerita kategori lelaki mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut secara langsung mengharumkan nama SKPK dan sekolah-sekolah Zon Pegalan Keningau. Tahniah dan syabas! sekali lagi.

Beberapa gambar mesyuarat Kem Motivasi Fasa 1 SKPK 2010




Salam sejahtera.

22hb Mac 2010 bersamaan hari isnin mesyuarat Kem Motivasi Fasa 1 SKPK bagi tahun 2010 telah diadakan. Kem motivasi ini bertujuan memberikan suntikan semangat kepada murid tahun 6 dalam menjana kecemerlangan UPSR pada sept 2010.

Cg Beatrice Marcus semasa mempengerusikan mesyuarat ini berkata guru-guru pelatih juga terlibat dalam program ini. Dengan itu eliau meminta agar mereka dapat emberikan kerjasama padu membantu sekolah mengendalikan kem motivasi ini nanti.

Kem motivai fasa 1 ini akan diadakan pada 7 hb April 2010. Semua murid dikehendaki membayar RM 1.00 dan guru-guru RM 2.00 sahaja untuk membantu kos perbelanjaan kem motivasi fasa 1 ini. 4 teras mata elajaran yang akan disampaikan kepada murid ialh BM, Math, SN dan BI. Sementara undangan khas penceramah adalah dari IPGM tentang pengurusan masa dan penceramah bekas murid SKPK ialah Cik Nurhayati Wasimin.



Sabtu, 20 Mac 2010

Mini pentas penglipurlara Pusat Sumber SKPK

mini pentas 2009 ( cantik tetapi telah diubah
semula)

mini pentas 2010 ( diubah)
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, PSS sesebuah sekolah itu akan lebih afektif dengan adanya kerjasama organisasi sekolah. Tanpa kerjasama semua PSS akan lemah dari segi fungsinya.
Saya besyukur apabila melihat SKPK sekolah luar andar tempat saya dihantar bertugas, tenaga pengajarnya sejak dulu hingga kini sangat kometed dalam apa sahaja tugasan yang diberi khususnya dalam merealisasikan proses P&P.

Sebaik sahaja saya ditugaskan di sekolah ini, saya telah diberi tanggungjawab yang besar dengan memberikan saya tugas Guru Pusat Sumber atau Penyelaras PSS SKPK yang bermula saya pikul pada tahun 1995. Masa itu cetek ilmu yang saya ada, maklumlah lelaki pula, sejauh manalah kebolehan menghias PSS atau menceriakan PSS, yang saya pastikan ialah PSS SKPK berfungsi sebagai tempat guru mendpatkan sumber ABM dan tempat murid membaca, merujuk dan tempat bermesyuarat. Saya lihat buku-buku kemas dan tidak berpasir cukuplah. Namun itu tidak mencukupi sebenarnya tugas GPM amatlah berat jika dihuraikan.

Setiap tahun KPK ada perubahan, maka pada gambar di atas, merupakan mini pentas penglipurlara yang kami hias cantik di ruang sudut bilik PSS SKPK. Fungsi mini pentas penglipurlara ini adalah untuk pentas murid menyampaikan aktiviti membaca, bersajak, berpuisi, bersyair dan berlatih bercerita pada bila- bila masa. Nampak murid sangat seronok melihat kawan-kawan mereka bercerita dengan penuh aksi di pentas ini.

Baiklah untuk pengetahuan semua AJK yang terlibat dalam membina mini pentas penglipurlara ini ialah :
* En. Mohd Zali Ayub ( GPM) - Ketua
* Pn. Haryati Suhaili
* Cik Junaidah Amin ( Guru peatih )
* Pn. Juhasiah Muhamin ( Guru pelatih)
* Pn. Ahini Haisin
* En.Fian Jakirin ( Wakil ibubapa)

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA AJK INI.

Khamis, 18 Mac 2010

Wajah keceriaan Pusat Sumber SKPK - Di sini kerjayaku & sumbangsiku

Sistem failing PSS SKPK menggunakan
warna hijau untuk label penunjuk.

Dua orang guru pelatih sedang membuat
kerja penyediaan P&P di PSS SKPK.
Beberapa buah rak buku kelihatan
di belakang mereka.
Ada juga sofa 2 set di PSS SKPK. Murid biasa
nya uka duduk membaca di sofa ini.

Ruang kaunter pengawas PSS semasa
peminjaman dan bilik khas GPM ( etuza)

Mini meja bacaan lengkap dengan 4 set kerusi
kecil warna-warni, biasa murid tahun 1 & 2
suku guna meja bacaan ini.

Pusat sumber sekolah merupakan satu organisasi yang sangat penting dalam seebuah sekolah walau di mana sekolah itu berada. SKPK, tidak ketinggalan mengusahakan organisasi ini. Selain tempat bahan atau sumber P&P PSS juga berupaya menjadi tempat santai sambil berehat oleh guru-guru di sekolah. Jika murid bijak memanfaakan PSS pasi murid itu akan menjadi cemelang kerana banyak ilmu yang diperolehi hasil pembacaannya yang berterusan. PSS SKPK menjadi ketua Penyelarasnya secara lantikan tetap ialah En. Mohd Zali Ayub. Syabas dan tahniah. Semoga PSS SKPK akan menjana kecemerlangan pada masa akan datang.

Selasa, 16 Mac 2010

Agenda keceriaan fasa 3 SKPK dibincangkan

Antara AJK yang hadir, bertopi En. Rizal
Ahmad Yani.
Mesyuarat PIBG pada 5.3.2010
Tengah Guru Besar baru, baju kuning
YDP PIBAGU En. Khairil Abdullah.
Asalamalaikum dan salam sejahtera.
  1. Alhamdulilah dan syukur kpdNya kerana satu mesyuarat khas AJK PIBAGU SKPK telah berjaya diadakan pada 5.3.2010 bersamaan hari jumaat yang dimulakan pada jam 10.30 pagi.
  2. Mesyuarat dimulakan dengan mempersilakan terlebih dahulu guru besar baru En. Garipin Elid memberikan ucapan alu-aluannya. Beliau sangat berterima kasih kepada semua yang hadir, menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan semua pihak harus bekerjasama. Beliau mencadangkan agar nantinya dalam perbincangan kawasan sekolah dibahagikan kepada blok-blok mengikut kampung dalam usaha murni menceriakan kawasan sekolah SKPK.
  3. En. Mohd Khairil Abdullah selaku YDP PIBAGU menyatakan kesyukuran bahawa guru besar baru menampakkan kemesraan kepada semua, beliau harap dengan pucuk pimpinan guru besar baru ini, SKPK akan lebih cemerlang.
  4. Pn. Helina L dalam mesyuarat menyatakan bahawa mesyuarat ini adalah susulan dari mesyuarat lalu, adalah lebih baik jika usaha mengadakn gotong royong membuat penyimenan jalan ke bilik guru, ke kelas2 dan ke tandas murid.
  5. Usul diterima, setiasaha menyatakan bahawa tiada masalah menghantar surat jemputan kepada semua ahli PIBAGU, namun beliau berharap agar ibubapa memberi kerjasama dalam usaha gotong royong ini, ibubapa harus sedar bahawa kiranya gagal hadir ke mesyuarat sebulat suara AJK PIBAGU memberi denda sebagai ganti diri dalam bentuk wang RM 10.00 dan diserahkan kepada bendahari PIBG.
  6. Kata putus telah di bentuk dengan melantik En. Rizal Ahmad Yani, Pn Helen Lee dan En. Fian Jakirin serta En. Jasim Sabri sebagai pemungut wang sumbangan keceriaan fasa 3.
  7. Bendahari keceriaan yang dilantik ialah Pn. Ahini Haisin dan Ustazah Julitah Saliman.
  8. Penyelaras keceriaan SKPK ada tahun 2010 ialah En. Mohd Zali Ayub juga selaku setiausaha PIBG sesi 2009/2010
  9. Syabas! dan tahniah, mesyuarat ditamatkan pada 12.30 tengahari.

Isnin, 15 Mac 2010

Taman Subaduri ( taman ini sudah di jadikan pondok rehat oleh tukang kebun)

Isnin, 2009 Julai 06

Taman PSS SKPK


Asalamualikum dan salam sejahtera.
Alhamdahulilah dengan izinNya maka sebuah pondok berukurun 10' X 10' siap di bina pada cuti semester pertama baru-baru ini. Pondok ini terbina atas insiatif GPM SKPK selepas berbincang dengan Guru Besar ( En. Nasip Dipal ) Projek jangka panjang ini adalah untuk membantu pihak AJK keceriaan sekolah dalam usaha menceriakan kawasan sekolah secara berterusan. Projek keceriaan ini diberi nama Taman PSS kerana usaha yang telah dirancang oleh GPM selaku ketua penasihat kelab PSS SKPK.

Pondok ini memakan kos sebanyak RM500, di mana pembinaan telah dibuat oleh En. Fian Jakirin dan dibantu oleh saudara Ali hasan Hasyim. Sebagai langkah pertama penanaman bunga-bungaan di dalam pasu serta mengumpul pasu-pasu sekolah yang masih berbunga tetapi tidak dipelihara dengan baik. Pengemburan, pembajaan dan penyiraman harus dengan cara yang tepat sebagai membantu pokok bunga menjadi subur, membiak dan segar dipandang. Bukan mudah usaha ini tetapi perlu pengorbanan semua pihak AJK Taman PSS serta seluruh warga SKPK. Berjayakah program sub keceriaan ini, sama-sama kita realisasikannya, saling membantu dan bekerjasama. Projek taman pss ini buka untuk GPM sahaja tetapi perlu gadingan idea dikalangan guru-guru serta KTBM. GPM selaku pengerusi Taman PSS SKPK berharap guru besar, PK2 dan semua guru-guru memberikan sokongan kepada usaha yang sedang bermula ini dan diharapkan akan berterusan sehingga SKPK berdiri megah di kaki bukit ini. Kepada AJK yang akan dilantik tahniah dan syabas juga kepada murid yang masuk member Taman PSS ini atau kelab T-Club SKPK 2009.
Murid lelaki tahun 3 bijak bergotong royong mengguling batang kayu untuk dijadikan tempat duduk di pondok Taman PSS pada 23.07.2009.
Murid perempuan juga tidak keinggalan menyumbangkan bakti membawa batang kayu ke taman pss baru-baru ini. Mereka kelihaan sungguh seronok dan bekerjasama.
Ini pula gambar GPM bersama murid 3 bijak, selepas kerja gotong royong selesai. Best tengok murid basahkan tekak dengan aiskrim.
Timbalan penyelaras PSS juga sempat bergambar bersama murid 3 bijak.

Aktiviti mewarna jalur gemilang di PSS tahun 2009 sempena bulan kemerdekaan

Rabu, 2009 Ogos 05

Mewarna Jalur Gemilang Tahun 1 Bijak


30hb Julai 2009, 6 murid terbaik mewarna Jalur Gemilang Tahun 1 Bijak telah bertanding mewarna Jalur Gemilang di Pusat Sumber pada jam 12.20 hingga jam 1.00 petang. Antara murid tersebut adalah Nurasidatul Sapinin, Ibnu Mustaqim Md. Zali, Macadam Marcellus, Love Val Jenisi dan Mohd Kamal Anuar. Antara guru yang sempat menyaksikan pertandingan mewarna Jalur Gemilang 1 Bijak ialah cg. Jerama Ak. Reban.

Aktiviti ini julung kali diadakan oleh AJK PSS SKPK. Dan pengadil bagi mewarna Jalur Gemilang tahun 1 Bijak ialah cg. June V. Gabrine. Keputusan mewarna Jalur Gemilang 1 Bijak ialah :-


Johan : Lovea val Jenisi ( 45/50)
N. johan : Ibnu Mustaqim Md. Zali ( 42/50)
Ketiga : Nurasidatul Sapinin ( 40/50)

Tahniah dan syabas GPM ucapkan. Hadiah berupa hamper akan disampaikan semasa perhimpunan rasmi pada hari isnin nanti.

Sedang khusuk mewarna Ibnu dan Kristo Yohan Jaitin di Pusat Sumber.

Cg. Jerama sedang memerhatikan Asidatul dan Lovea Val mewarna Jalur Gemilang.

Macadam dan Kamal juga sedang mewarna Jalur Gemilang.Sedang menilai warna Jalur Gemilang Cg June V. Gabrin di bilik guru SKPK.


En. Garipin Elid Guru Besar Baru SKPK Memulakan Tugas

En. Garipin Elid berbaju coklat sedang
berbincang dengan pegawai teknologi
di bangunan ICT SKPK
Salam Sejahtera.

Guru besar baru En. Garipin Bin Elid telah memulakan tugas di SKPK sejak tiga minggu yang lalu. Tahniah kepada beliau kerana dihantar menjalankan tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini.
Sebagai guru besar, tugas memimpin sekolah ke arah peningkatan kualiti akademik murid sangat diperlukan. Tugas mentadbir sekolah juga memerlukan kometmen yang tinggi agar semua perkara tentang pengurusan secara menyeluruh dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Kepada En. Garipin Elid kami warga SKPK mengucapkan selamat bertugas di sekolah ini, dan semoga kita semua dapat bekerjasama dan saling membantu. Kejayaan sekolah adalah bertunjangkan kometmen dan kerjasama semua pihak.