Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 10 November 2012

Anugerah NILAM & KM1M Sri Angkasa SKPK

 Antara murid yang menerima anugerah NILAM & KM1M 2012
Syukur kepadaNya kerana niat hendak adakan Majlis Anugerah
NILAM & KM1M akhirnya terlaksana juga pada 7hb November
2012 bersamaan hari rabu. 
Sempena majlis itu disampaikan juga anugerah jQaf dan
anugerah P. Moral. Bermakna majlis tu ada 4 jenis
anugerah. Iaitu anugerah Nilam merupakan ganjaran kepada
murid yang rajin membaca, KM1M ~ merujuk kepada 
siapa pemenang bagi aktiviti2 sempena KM1M yang di 
laksanakan pada 22hb Okt - 24hb Okt 2012.
anugerah jQaf dan Panitia Moral yang pastinya telah
dijalankan semasa ihya ramadhan pada bulan puasa tahun 2012.

Murid yang terpilih sebagai penerima anugerah khas NILAM 
ialah : Leon Alexy Likon ( Tahun 6Bijak )
Nilam harapan 2013 lelaki ialah: Leo Alferedo Likon ( 5 bijak)
Nilam harapan perempuan ialah : Siti Nursyahirah Nasarudin ( 5Bijak)
Manakala tokoh NILAM tahun 1 ialah : Nuraliya Mohd Zali.

Syabas & setinggi2 tahniah kepada mereka.