Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Khamis, 19 Julai 2012

Bola Sepak 12 Tahun Kebawah Anjuran Panitia PJK & Pusat Sumber


Pasukan 1 ( ketua - Lazarus Mampur )

Pasukan 2 ( Mohd Azim - Ketua )

Kegiatan Kokurikulum di sekolah rendah, di sekolah menengah mahupun di universiti merupakan aspek yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERI. Kementerian Pelajaran Malaysia mengaskan agar semua individu murid harus bergiat aktif dalam apa juga bidang kesukanan, persatuan dan unit beruniform. Sejak beberapa tahun yang lalu juga telah dilancarkan program diseluruh negara iaitu 1 Murid 1 Sukan dan 1 Malaysia. Pelbagai acara kesukanan ditonjolkan dan penglibatan murid serta kerjasama guru amat2 di tekankan.

Dalam menyahut cabaran arus transformasi pendidikan ini maka,pihak Panitia PJK dan kerjasama Pusat Sumber telah menganjurkan satu aktiviti iaitu Pertandingan Bola sepak 12 tahun ke bawah dengan penyertaan tahun 5 dan tahun 6 di SK. Penagatan, Keningau pada semester 1 2012. Bertempat di padang sekolah tersebut perlawanan ini telah berjaya dijalankan. Antara AJK yang terlibat ialah En. Mohd Zali Ayub ( Pengerusi penganjur) En. Kahirin Muin ( Pengadil )Pn. Ahini Haisin ( Pendaftaran) En. Rosdi Pongat dan pihak RMT ( penyedia jamuan ringan dan minuman). Semua peserta yang terdiri dai 20 peserta mendaftar dengan yuran 0.50 sen seorang.

Sumbangan hamper kemenangan telah disumbangkan oleh En. Ramian Ayub merupakan ALUMNAI. Manakala sijil penghargaan disediakan oleh pihak Panitia PJK sekolah. Keputusan atau kemenangan telah disandang oleh pasukan Lazarus Mampur menerusi tendangan panalt iaitu pasukan kumpulan 1, manakala pasukan kumpulan 2 hanya mendapat tempat ke 2. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pasukan ini. Majulah sukan untuk negara.