Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sabtu, 14 April 2012

Pulang membawa hadiah ke 3 di karnival NILAM peringkat Negeri Sabah pada 5-9 Mac 2012



Leon Alexy Likon, pelajar tahun 6 2012 SK. Penagatan mencatat rekod terbaru apabila dia menang satu acara sempena karnival NILAM peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Sekolah Menagah Agama,Sandakan Sabah pada 5hb - 9 hb Mac 2012. Acara yang disertainya ialah acara Kem Penulis Muda dan mendapat tempat ke 3, diberi sijil, tropi dan hamper kemenangannya, yang telah disertai oleh pelusuk Sabah. Dipercayai mereka semua adalah yang terbaik hingga terpilih ke peringkat tinggi ini.

Kategori Tokoh NILAM juga yang telah disertai oleh Essy Syazwana dari SK. Bariawa, Keningau juga telah berjaya mendapat tempat ke 3 dan membawa pulang sijil, hamper dan tropi kemenangan. Peserta sekolah menengah dari Zon Keningau ini nampaknya terpaksa berpuas hati dengan penyertaan sahaja tetapi masih pulang membawa sijil masing-masing.

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang berjaya menyertai Karnival NILAM peringkat negeri Sabah. Kepada masyarakat pelajar di mana saja berada manfaatkan masa terluang anda dengan membaca apa sahaja buku yang ada, kerana dengan membaca sahaja kita akan perolehi ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita bagaikan meneroka dunia. " Buka buku, buka Dunia"

Salam sayang dari GPM.