Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Ahad, 2 Oktober 2011

Penghargaan dalam cebisan tinta ini.


Salam sejahtera.

GPM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 11 orang bekas pelajar SK. Penagatan, Keningau yang telah menyumbang hamper sebagai hadiah kepada beberapa aktiviti semasa Program Aktiviti Bulan Merdeka yang telah dilangsukan di SK. Penagatan sejak 1 Ogos hingga 15hb Sept 2011. Sumbangan hamper tersebut adalah secara ikhlas dari bekas pelajar yang telah berkerjaya.

Terdapat 11 orang bekas pelajar SKPK yang berjaya menghantar hamper tersebut. Sebagai guru yang dilantik sebagai Penyelaras program ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bekas pelajar yang terdapat dalam tenda kuning ini. Sesungguhnya tanpa bantuan dari pihak tuan puan pasti banyak kekurangan yang akan kami jumpa selama mengendalikan majlis penutupan pada 20hb Sept 2011 baru-baru ini.

Usaha ini bagi GPM perlu diteruskan sebagai tanda bahawa bekas pelajar yang kini berkerjaya dengan jawatan lebih tinggi di sektor kerajaan masih mengingati sekolah mereka dahulu, sekaligus memberitahu kita bahawa mereka amat-amat menghargai warga guru di SKPK. Syabas & tahniah.